Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Saturday, October 31, 2009

SEMPURNA

Dubito, ergo cogito, ergo sum! Minda menjerit!!  Frasa yang pernah diungkap Rene Descartes, psikologis tukang usul teori  “mind and body” ini kubaca tatkala menyambung pengajian dahulu. “Aku ragu2, lalu  berfikir, aku berfikir, lalu kutemukan diri” makna frasa tersebut menerjah minda berulang kali. Huh? Semacam satu isyarat yang menuntut aku menaakul seketika.


Ya. Rentetan dari pelbagai peristiwa yang berlaku di sekelilingku akhir2 ini memang menuntut daya fikirku bekerja keras. Dua tiga bulan yang lalu, ada rakan-rakan yang meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan senario yang berlaku di tempat kami bertugas. Ada junior, ada senior...rata2 meluahkan rasa kurang selesa dengan corak pengurusan yang ada, nampak seperti 'top to down' @ 'one way traffic' semata-mata.  Bahkan aku sendiri kadang2 keliru dengan corak pengurusan yang diamalkan....kalau dulu aku cuba ‘membendung rasa’, cuba berfikiran positif, tetapi selepas ‘peristiwa demi peristiwa’ berlaku, yang kadang-kadang ‘terkena’ tempias atau batang hidung sendiri, sedikit rasa kecewa bertandang. Uh..bukan sehari dua aku di sini, sebaliknya 14 tahun menabur bakti sepenuh jiwa dan raga!!


Mungkinkah tahap kerja kami  tidak mencapai piawai yang diharap oleh pihak pengurusan? Atau mungkinkah cara pengurusan mereka tidak selari dengan pemikiran kami yang 'jumhur'nya terdiri daripada golongan muda? Ya, orang muda lebih cenderung kepada sesuatu yang praktikal, ringkas tetapi bermakna. Banyak persoalan yang timbul...yang kurasa hanya dapat diselesaikan melalui rundingan yang telus lagi tulus. Tapi, bolehkah? Akan berjayakah jika ketelusan & ketulusan yang wujud cuma samar2 kerana yang diurus dan mengurus terdiri daripada manusia. Manusia yang mempunyai daya persepsi & daya intelek yang berbeza-beza...lalu daripada perbezaan tersebut kita acap membuat tafsiran yang salah. Huh..kerana itu dalam banyak ilmu, contohnya ilmu mustalah hadith (kajian hadith), kita belajar tentang sanad serta perawi hadith supaya mendapat tafsiran yang tepat. Kita juga  mengetahui sanad bagi hadith yang tidak nyata atau terputus... Akhlak perawi2 hadith itu bagaimana??  Thiqqah atau tidak?? Semuanya dikaji untuk menentukan tingkat hadith; sahih, hassan, atau dhaif. Hmm..interpretasi- bukan sukar untuk tersilap, kerana dari mata turun ke hati. Tersalah melihat, hati mula cenderung tersalah menterjemah laku. Persepsi pula; seperti dua orang penjual kasut yang berniaga kasut di negeri yang penduduknya tidak berkasut. Seorang akan berkata bagus untuk perniagaannya...manakala seorang lagi menganggap mustahil kerana tak mungkin kasut2 yang dibawa akan dibeli penduduk di situ. Mudah memahami analogi tersebut, bukan?


Berbalik hal organisasi tempat kubertugas, kucuba berbincang tentang hal ini dengan MrF, katanya...kita perlu professional dalam tugas. Ertinya, berlaku adil , mengamalkan komunikasi pelbagai hala, melakukan perkongsian visi, menilai hasil kerja dari sudut yang sepatutnya, mengkritik & menerima kritik dengan ikhlas, dan pelbagai lagi. Banyak aspek perlu disentuh untuk menjadi professional, bukan semudah ABC. Adil contohnya, dalam konteks Islam bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan sama rata (kerana itu ramai yang gagal dalam poligami). Justeru masalah subordinate dinilai mengikut keadaan yang sepatutnya, bukan melihat situasi orang lain, 'cut n paste' pada individu lain.Marah juga begitu.. bak kata orang dahulu, rosak sebatang..dicabut, rosak serumpun, dibongkar, jangan dirombak semuanya... itulah adil dan tanda pengurus/pentadbir yang berilmu. Perlu juga mampu mengawal  diri dalam beremosi. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar! Aduhai..banyaknya yang perlu ada!! Yup, kerana banyak yang perlu ada, maka ramai manusia gagal menghasilkan pentadbiran yang sempurna. Perkataan sempurna memang menakutkan sesiapa sahaja...kerana pastinya antara kita tiada yang sempurna. Dalam menguruskan rumahtangga, lihat sahaja statistiknya, angka yang gagal menguruskan konflik dan menjadi sempurna menurut tafsiran pasangan masing2. Na'uzubillah..tetapi itu hanya contoh kecil. Allah memberi kita kekuatan untuk terus berusaha, lalu sekurang-kurangnya kita terus berusaha mencapai titik kesempurnaan. 'Kelemahan' kitalah sebenarnya 'sumber kekuatan'.  Contohnya, kerana lapar - salah satu daripada sifat lemah yang ada pada makhlukNya- maka kita berusaha mencari rezeki supaya tidak dibelenggu kelaparan. Huh..perkaitan dengan pengurusan?? Dari kelemahan2 yang ada pada  kita, sememangnya kita sewajarnya bangkit berusaha membaiki dan terus memperbaik organisasi. Kelemahan ada di mana2. Kelemahan perlu dijadikan perangsang untuk kita menganjak paradigma, cara berfikir, cara mentadbir atau apa jua pun. Justeru kurangkan protokol..berkongsi ilmu..lihat sesuatu dari sudut yang positif, dan jika terdapat kekangan, berbincang dengan cara yang paling harmoni. Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Janganlah yang bersuara lantang itu dianggap membangkang. Itu cara dahulu, cara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, yang membantah sultan semestinya penderhaka, tidak sesuai dengan zaman pasca moden, ultra moden dan mcm2 nama yang ada. Konflik 'yang tua-yang muda' perlu diatasi dengan berhikmah, insyallah akan lahir jemaah yang teguh, yang dapat melahirkan produktiviti seperti yang direncanakan....bukankah Singapura terselamat dari dilanggar todak dek cadangan Hang Nadim yang jauh lebih muda daripada para pembesar istana? 


Selain itu, kunci yang tak kurang pentingnya ialah bersifat SABAR dan bersikap RASIONAL. Sabar dan berusaha secara rasional dalam menangani pelbagai karenah dan cabaran dalam mentadbir. Usah lupa, tadbir yang baik dengan izinNya melahirkan takdir yang baik. Untuk rakan2, ini sekadar luahan dan pandangan peribadi. Ingatlah, kitalah khalifah di muka bumi Allah ini, kitalah muallim, murabbi dan muaddib kepada anak2 bangsa..Pendapat kalian? Berfikirlah dalam-dalam selepas membaca entri ini. Moga hasil ketukan papan kekunci ini dapat mencetus minda kalian untuk terus berfikir....

Tuesday, October 27, 2009

ILMU

Berita kemalangan yang menimpa peserta perkhemahan di Perak disambut MrF, "tak mungkin binaan jambatan gantung tu tak diperiksa", getusnya tidak berpuas hati. Kusambut kata-kata beliau dengan memperihalkan betapa beratnya tanggungjawab sebenar guru yang mengendalikan perkhemahan luar sekolah. Kuceritakan tentang dua orang rakan senior SMAWP yang terkorban semasa mandi-manda sewaktu menyertai lawatan di Teluk Batik, Perak, lewat tahun 1986.

Segala-galanya membuatkanku teringat kepada kata-kata Kak Nik. "Semuanya milik Allah, As. Tak ada sesuatu pun yang dalam kawalan kita...".Benar sama sekali, usahkan wang ringgit, nyawa kita tidak dalam jaminan kita kerana sesungguhnya hanya Allah yang lebih berhak. Tapi, adalah menjadi tugas kita merancang sesuatu sebaik-baiknya sebelum  dilaksanakan, tidak kira sesiapa atau di mana  pun kita..bak kata bondaku dahulu, dalam merancang, kita mesti mengkaji yang buruk, baru dapat yang terbaik. Selain itu, kita juga harus bersedia dengan plan B @ plan C sebagai alternatif jika sesuatu yang dirancang tidak berhasil. Walau bagaimanapun, itu hanyalah teorinya...kerana kenyataannya, kadang kala, sebagai manusia, ada perkara2 yang kita terlepas pandang. Namanya pun manusia...

Semalam...kutemani Suza, Izwa & AC ke Wangsa Walk Mall. Melepaskan lelah, lunch dan berdiskusi tentang apa yang berlaku di tempat kami bertugas...kuambil kesempatan melahirkan pendapat dan menyampaikan sedikit 'pengetahuan' yang kuperoleh sewaktu belajar. Iyalah..ilmu perlu disebarkan, ianya amanah Allah. Lebih penting, jika mereka mempunyai ruang untuk mentadbir organisasi kelak,segala tindakan harus dipandu dengan ilmu dan perkongsian maklumat. Dengan ilmu, perkongsian maklumat, rendah hati (bukan rendah diri!!), empati yang diadun dengan baik, visi yang jelas dalam memacu kejayaan organisasi, pastinya yang lahir ialah seorang ketua yang bijaksana. Yelah, jangan berpegang pada falsafah barat, perlu ada sifat keras hati untuk menjadi pentadbir berjaya, kerana Rasulullah yang sepatutnya menjadi contoh teladan, tidak begitu!!!

Ha.. Nabi SAW berjaya menjalankan urusan pentadbiran bukan sahaja kerana visi baginda jelas, tetapi berkongsi visinya bersama para sahabat melalui cara hidup baginda dan pendidikan tidak formal baginda yang mantap (SOLUSI-Penyampaian Visi Rasulullah:Azrul Azlen A.Hamid). Baginda mendidik sahabat2nya melalui dirinya sendiri. Uh, teringat motto kami di SMAWP dahulu, 'Iman, Ilmu, Amal"....Baginda beriman dan mengamalkan Islam dalam hidupnya. Ya, baginda nabi, kita siapa...tapi kerana baginda seorang utusan Allah, maka seharusnya baginda menjadi ikutan. Berbalik kepada bicara ilmu tadi, seperti baginda SAW, selain ilmu yang diperoleh secara formal, pengalaman juga boleh menjadi sekolah terbaik kehidupan. Yelah, lecturer dulu pun ada menekankan tentang epistemology- cabang ilmu falsafah tentang ilmu pengetahuan (nature & limitasi ilmu pengetahuan serta perkara2 yang berkisar tentangnya (contoh : apakah ilmu, bagaimana ilmu diperoleh, bagaimana kita mengetahui apa yang kita ketahui) Epistemology juga membolehkan kita menghargai ilmu individu lain, tanpa mengambil kira tahap pendidikan seseorang. Tentunya tukang kayu, nelayan,peniaga pasar malam lebih mengetahui bidang tugas mereka berbanding kita, right? Jadi, kalau nama-nama ikan pun belum khatam diketahui, maka kita perlu menghormati ilmu yang ada pada mereka....

Jelasnya, untuk mentadbir, walau sekecil2 urusan (rumah tangga?kecilkah?), kita perlu  berilmu yang disertakan dengan amal. Visi perlu jelas..keluarga yang bagaimana? atau murid yang seperti apa?anak-anak yang umpama apa? pengalaman sendiri dan orang lain, epistemology, sifat empati kepada anak2 atau murid2 perlu ada untuk berjaya.Iya, kita perlu berusaha menjadi insan yang bijaksana.  Pendek kata, masyaAllah, rencamnya tugas sebagai khalifah ALLAH!!!



Saturday, October 24, 2009

Layar Kehidupan


Jangan cuba dikawal arah taufan, tapi kawallah layar kehidupan. Tak perlu diukur dalamnya lautan, tapi panjangkan kail yang sejengkal....membaca coretan akhir Solusi #5, kuteringat angin yang bertiup di tempat kerja....sedikit asing daripada biasa.Tapi, adatlah..kubiarkan kerana tiada apa yang penting sehingga perlu mendapat perhatian serius. Alahai..setakat jawatan yang satu tu, tak sedikit pun mencalar kredibiliti, apatah lagi mentaliti. Sungguh; sehingga teringat pula kepada kisah Imam Hanafi yang didengari ketika menghadiri program usrah; bijaksananya Imam Hanafi menyebabkan seorang pendakyah Yahudi tunduk hormat kepada beliau. Lalu kemudiannya gabenor Iraq ketika itu, Yazid bin Hurairah al Fazzari menginginkan beliau menjadi 'ahli kerajaan'. Walaupun diancam, tawaran lumayan itu ditolak Imam Hanafi lalu berkata, "Demi Allah, aku tidak akan menerima tawaran itu walau dibunuh oleh pihak kerajaan". Berbanding dengan sikap sebahagian kita hari ini, ada yang sanggup bersikap 'lepas laku' akibat terlalu mendambakan jawatan tanpa menyedari bahawa jawatan itu sebenarnya merupakan antara ujian Allah, amanah yang perlu perlu dipikul lalu akan dipersoalkan kelak. Jika tidak diladeni sebaik-baiknya, pasti amanah yang diharap2 itu akan berubah menjadi suatu beban.

Owh...benar sekali bahawa kehidupan yang amat-amat singkat ini merupakan medan ujian bagi kita. Banyak yang terlupa dan melupakan hal ini. Tak terkecuali aku sendiri...hal dan karenah kehidupan kadang-kadang menyebabkan kita hilang arah. Yup..hidup & kehidupan, anak-anak, keluarga, harta, tugas..semua perlu diurus. Pendek kata, kitalah yang perlu diurus dan mengurus...dan pastinya dalam kita mengurus, ada konflik yang timbul sama ada dalam rumahtangga, keluarga, organisasi di tempat kerja, mahupun dalam diri sendiri. Justeru, untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar, kita digalakkan mengadakan perbincangan, muzakkarah, mesyuwarah. Berbincang dengan spouse, anak-anak, rakan-rakan, subordinate, kerana dengan izin Allah, melalui perbincangan, akan ada jalan keluar bagi setiap masalah,tetapi kita mestilah JUJUR & OPEN MINDED/HEARTED dalam perbincangan! Sebaliknya, tidak masuk akal bahawa setiap individu tahu akan semua perkara atau menguasai seluruh ilmu yang ada. Yang nyata, hikmah Allah jadikan manusia itu berbeza2 dari sudut pemahaman dan kemampuan berfikir ialah, manusia akan saling nasihat-menasihati, akan saling memerlukan. Inilah yang dititipkan Allah SWT dalam surah Al Asr. Dari perbincangan, muncul pula topik perkongsian @ sharing. Huh...panjang, jadi akan kuperpanjangkan topik ni di lain kelapangan...

Maaflah, 'entri' kali ini agak berat kandungannya. Sekadar ingat dan mengingatkan kerana tugas menyampaikan merupakan tanggungjawab kita semua. Maksud hadis Nabi SAW, sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.. buat teman-teman yang mengerti, setinggi-tinggi terima kasih atas nasihat demi nasihat. Iya, kuakui, ilmulah yang membezakan antara seorang insan dengan insan yang lain, lalu perlu diamalkan dan dijadikan layar yang mengemudi kehidupan. Perbandingan yang lebih moden; ilmu juga bagai kompas dalam kembara kita. Untuk adik-adik; Izwa & AC, 'respect' kalian yang diucapkan acap kali harus kalian simpan dahulu sampai satu ketika yang sesuai untuk diterima. As for Kak Win & Suza, tqvm juga atas nasihat & ingatan yang sangat2 berharga. Yang paling perlu kita ingati ialah ilmu Allah itu maha luas, perlu diterokai, digali (meminjam kata2 Salih Yaakob) sebab semua dalam kalangan yang ada berpotensi untuk lebih maju. Pencarian ilmu tak seharusnya terhenti..

So, kesimpulannya, minggu lepas..nothing much. MrF & Fqueen sibuk dengan urusan mereka, jadi kepenatan bekerja kulunaskan dengan melayan JuniorF pada hujung minggu ini. Isnin 26 Okt, JuniorF akan menjalani peperiksaan. Padaku, exam dia tidaklah terlalu penting memandangkan usia yang baru mencecah 5 tahun, tapi adalah amat perlu JuniorF menghargai kepentingan setiap sesuatu. Contohnya, solat, menolong orang, taat kepada ibu bapa dan guru, belajar bersungguh2, menghormati rakan dll, kerana perkara2 tersebut akan mencorak perbadinya. Yang penting, semuanya diadun dalam didikan yang tidak mengenepikan keseronokan zaman kanak2 nya....doa dan harapan ibu, kukira serupa sahaja, mendidik anak-anak agar menjadi insan kamil serta anak soleh....

Yang gembira, bagiku Hari Kanak-Kanak berlangsung dengan jayanya. 4 keping large pizza dari Pizza Hut, 2 Bucket KFC, Lasagna, nasi himpit, the best makaroni goreng, mee hoon yang disponsor oleh anak2 murid kesayanganku memang berbaloi-baloi. A zillion 'thank you' kids!! TQVM juga kepada pihak admin yang hadir kesemuanya- memeriahkan majlis (walaupun depa tak baca..) Ada juga peristiwa sedih, esoknya Bilik Kecemerlangan hampir roboh silingnya akibat proses penukaran bumbung. MasyaAllah, kami terima ujian itu dengan seadanya. Sedih, memanglah sedih, tapi insyaAllah ada hikmahnya. Mungkin tahun hadapan, kita akan dapat sponsor interior yang baru..dibawakan khas oleh Eric Leong.

Sebagai ingatan...bagaimana hati yang baik bertindak (untuk sama-sama kita amalkan -SOLUSI);
1. Merasai kesusahan orang lain, ada sifat empati
2. Bersedia membantu orang lain pada bila-bila masa
3. Tidak kedekut ilmu
4. Prihatin dengan orang bawahan
5. Bekerjasama dengan orang atasan
6. Ramah mesra...





Tuesday, October 20, 2009

Group and Team

Aura Syawal masih bersisa.Jemputan Kak Win, PK sekolahku sedikit memeranjatkan. Ajak geng As, tak ramai...tapi kira okaylah. Ada geng??? Hee..sendirian bergetus dalam hati. Tapi akur dengan pengistilahan Kak Win, mencabar mindaku agar menaakul seketika. Geng kerja, geng makan, geng sembang. Aku bangga kalau dilabel punya 'geng'. Yup..kalau masa belajar dulu2, tentu kita ada geng masing2. Geng yang kita sama2 bekerja, siapkan assignment, thesis,etc. Bila ada group @ geng, kita adalah orang yang hidup bermasyarakat..bila bekerja; menolong dan ditolong.Walau bagaimana pun, kukira kami dalam 'geng' yang dimaksudkan tidak pernah mengehadkan penyertaan 'ahli' baru, sebaliknya kami mengalu-alukan mereka turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang kami rancang khasnya di luar waktu sekolah. Prinsipku, jika hati lebih terasa 'dekat', sukar untuk 'berkira' dalam berurusan.
Andai kita mengaji dan mengkaji pengurusan organisasi, pasti terjumpa tajuk group and team. Tanggapan dan persepsi 'geng', 'team', 'group' sebagai sikap suka berpuak-puak sebenarnya tanggapan yang lahir dari pemikiran dangkal. Melalui team n group, kita dapat membina sebuah organisasi yang kuat. Kalau tidak, masakan teambuilding amat penting dalam organisasi. Kalau diberi pilihan oleh orang atasan, pastinya kita lebih cenderung memilih bekerjasama dengan orang yang sehaluan, sejiwa, seidealogi dan satu paradigma supaya kerja menjadi lebih lancar dan kalau bertembung sebarang masalah, mudah diatasi...Apa pun, kukira dalam menyelesaikan konflik dalam memenuhi tuntutan tugasan, professionalisme dalam erti kata yang sebenar,amat perlu. Dan sebagai seorang mukmin, etika kehidupan, ISLAM as a way of life atau apa2 frasa...kita seharusnya bersikap professional and open hearted to others...
Hmm..back to Kak Win, since she need to attend a meeting, I've decided to go @ three, so that I can bring the kids too, esp Junior F (because they really love their Auntie Mazwin). Sepetang di rumah Kak Win, I really had a good time with my 'geng'....

Tuesday, October 13, 2009

Lama Nian....

Salam...hmm, betul; lama nian tak berblog. Tak berkesempatan kerana terpaksa meladeni karenah dan tuntutan hidup. Alahai...teringat pada satu bahan bacaan yang menyelitkan bahawa salah satu tanda kiamat ialah hari terasa semakin cepat, dan kita tidak sabar melihat anak-anak membesar..(wallahua'lam, tak pasti nasnya) tapi difikirkan logik akal, memang ada benarnya...mungkin sebab ibu bapa juga menaruh perasaan mahu segera melepaskan beban tanggungjawab mereka, lalu rasa mahu segera melihat masa depan anak-anak.

Terkenangkan peristiwa yang berlaku pada Sabrina awal2 pagi, dapat ditemukan dompetnya (berisi wang RM49, hasil 'derma' hari raya dan kad simnya) yang telah hampir dua minggu hilang. Alhamdulillah, sesungguhnya, sekurang2nya pesananku padanya amat tepat, "kalau masih menjadi rezeki awak, insyaAllah... ada".

Lewat di tempat kerja, warga tahun enam mengambil peluang menghadiahkan sejambak bunga kepada Pn Ct Aishah :) atas kejayaan beliau menamatkan pengajian. Mulanya beliau nampak kurang selesa (pada pandangan mata kasarku) apabila dipanggil ke tapak perhimpunan tapi suasana tersebut bertukar sekejapan sahaja. Berbaur perasaan bangga juga apabila melihat kejayaan rakan sekerja...aku mengambil kesempatan menasihatkan pelajar bahawa belajar itu tiada sempadan usia kerana ilmu Allah itu Maha Luas untuk diterokai. InsyaAllah, semakin jauh meneroka, semakin dekat kita kepada Maha Pencipta..

Pada sebelah petang pula kuambil kesempatan membawa anak-anak; juniorF,Fqueen & Natasya ke JuscoAU untuk makan-makan bersama rakan2 sekerjaku. Fqueen & Natasya decided nak meronda sendiri2... alhamdulillah, juniorF beri kerjasama yang amat menakjubkan walaupun kekadang terpaksa diulang suara pengumumanku!