Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Wednesday, December 22, 2010

KOMITMEN

YA. Komitmen. Mengujarkan sepatah kata itu tidaklah semudah melaksanakannya. Walaupun geluncuran linguistiknya tidak serencam mana, namun pada pandangan peribadiku, hidup dan kehidupan kita adalah tentang komitmen. Atau, komitmen-lah yang mendasari kehidupan kita. Lebih mudah kalau disertakan beberapa contoh: 1. Kita hidup di dunia dengan bertunjangkan komitmen menjadi hamba Allah @ khalifahNya di muka bumi ini.  2. Kita pasti mempunyai komitmen terhadap suami/ isteri, anak2, ibu bapa.....pendek kata terhadap keluarga, 3. Stress kdg kala menerobos ruang 'aman' kehidupan apabila komitmen terhadap keluarga bertembung dengan komitmen terhadap tugasan. Contoh yg lebih ringkas, lihat shj penulis blog ini yg gagal memberikan komitmennya utk meneruskan penulisan. Ya..pastinya kerana ada pertembungan2 komitmen2 lain di sana sini :)

Alhamdulillah, tahun masehi 2010 hampir melabuhkan tirainya sedang kita masih lagi di bulan pertama kalendar Hijri. Selagi hari pengakhiran belum tiba,  selagi nafiri belum ditiup (bukan dlm teater), pastinya tahun akan berganti tahun. Yang belum pasti adalah 'kita'. (Penggunaan 'adalah', adalah berlandaskan sifat 'kita', bukan 'kita' sbg kata nama. Jika tidak, salahlah saya dlm tatabahasa!) Sesaat lagi kendatipun, belum pasti...inikan esok, lusa, tulat atau tungging. Namun sebagai manusia biasa, hati sering berdoa supaya Allah memanjangkan umur agar dapat terus bersama2 insan2 tersayang, anak2, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu pasti...

Huh...Julai lalu kekanda perempuan sulung-Kak Lang disahkan mempunyai kanser payudara. Ibarat satu ledakan bom bg kami sekeluarga, amat mengejutkan walau hakikatnya kanser tidak mengenal sesiapa, umur, status sosial atau ekonomi. Rawatan demi rawatan Kak Lang lalui dgn semangat waja, mahu sihat kerana anak2 yg masih amat memerlukannya ..dan alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan sokongan keluarga, khasnya ayahanda dan bonda..penyakit yang dikesan awal itu telah dapat dipintas dan setakat ini, perkembangannya adalah baik. Kak Lang telah kembali bertugas di UiTM bermula 1 Dis 2010 setelah menjalani 4 siri rawatan kemoterapi.

Kemudian ayahanda pula diserang sejenis penyakit yang kemudiannya didiagnosis sbg Diabetes Nephrophaty..yang berpunca daripada diabetes yg sedia ada. Ayahanda terjatuh di tandas di kediamannya di Senawang dan dalam kesukaran kami membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang terletak di Wangsa Maju. Alhamdulillah, lokasi hospital yang bersebelahan dgn sekolah tempatku mengajar membolehkanku memberi komitmen utk menunaikan kewajipan terhadap orang tuaku. Begitu juga dengan suami & anak2 serta teman2 yg memahami situasi ketika itu..terima kasih kerana memberiku ruang utk 'bernafas'..dan sehingga kini ayahanda telah  berjalan semula walaupun terpaksa bertongkat dan bertatih..

Khamis lalu, tibalah giliranku pula...rasa sakit yang menjalar pd bahagian tertentu di tubuh, kelenjar leher yang bengkak di tiga tempat dan lidah yang mengalami 'burning sensation' menyebabkan perasaan menjadi tertekan. Demi melawan perasaan, aku masih mampu menyertai MrF dan Fjunior utk berjoging/ beriadhah di Taman Tasik Titiwangsa..dan pada sebelah petangnya pula kami ke Jusco Wangsa Maju, manakala Ahad pula kami ke Zoo Negara setelah diajak oleh MrF demi memenuhi permintaan Fjunior. Memandangkan cuti persekolahan yg hampir tiba dipenghujung, daya untuk menolak permintaan seolah2 hilang begitu sahaja kerana mengasihani anak2... Dan Isnin pagi, setelah berkira2 utk mendapatkan rawatan di salah sebuah Hosp Pakar  Wanita Tmn Melawati, aku terpaksa membatalkan niat kerana ketiadaan doktor pakar yg perlu bertugas di luar. Lalu pada hari Selasa, aku tekad mendapatkan rawatan di DSH Melawati...dan menurut pakar perubatan yg memberi rundingcara, aku perlu menjalani pemeriksaan lanjut demi menentukan kedudukan penyakitku. Riak mukanya, nyata dia juga bimbang kalau2 ada sesuatu yg lebih serius..

Selasa pagi: setelah lebih 10 jam 'berpuasa', darahku diambil utk diuji. Sementara menunggu utk menjalani ultrasound yg bakal dijalankan oleh perundingcara radiologi..jantung berdegup kencang. Namun kehadiran MrF serta anak2 mengurangkan tekanan. Ya.keluarga merupakan aset penting kpdku khususnya pada ketika dan waktu sebegini..Dalam hati tidak putus2 berdoa agar Allah memberikanku yang terbaik untuk ku mahupun keluargaku. Allah knows best...Malam sebelumnya, di kaca tv saluran Astro Oasis, terpampang ayat dari surah At Taghabun; ayat 11 yg bermaksud:

No affliction comes about but by Allah permission; and whoever believes in Allah, He guides aright his heart; and Allah is Cognizant of all things.


SubhanAllah! Allah Maha Mengetahui kerencaman hati hambaNya ini yang sedang berperang...dan maksud ayat tersebut menyentak2 nuraniku, untuk menyerahkan seluruh jiwa ragaku kepada Allah kerana Dia yang Menciptakan...untuk menentukan sama ada aku mempunyai nasib yg sama seperti Kak Lang atau sebaliknya...lemah seluruh tubuhku, namun pasrah dan redha terhdp apa jua keputusan yg bakal kuterima...

Alhamdulillah..tatkala pemeriksaan berlangsung, perundingcara radiologist berbangsa Sikh itu ; secara berhemah mengujarkan.."I'm not God..but based on my little knowledge, this is only..........but you must go to certain specialist to get biopsy to be done". Dan....terima kasih Allah krn ia menjadi begitu mudah! Kembali ke bilik doktor, beliau menasihatiku utk terus mendapatkan rawatan/biopsi dan menjalani pembedahan yg sepatutnya agar tidak perlu melalui kesakitan yang berulang-ulang. Beliau juga seperti masih khuatir kalau2 peluang utk "C" singgah pada masa panjang yg akan datang terbuka luas jika pembedahan yg sepatutnya tidak dijalankan...

Secara kesimpulannya, kali ini selain daripada komitmen2 lain, aku; dengan izin Allah akan mula memberikan perhatian yg lebih serius dan komitmenku terhadap kesihatan...ya, benar segala2nya ditentukan Allah, tetapi usaha kita, doa kita dan komitmen kita juga turut menyumbang sama ada sesuatu berlaku atau sebaliknya.  Sekali lagi terima kasih kpd MrF, anak2 yg sudi menemaniku, nurse Aini, Dr Mangalaveni, Dr A.K Mukherjee..dari DSH Melawati. Terima kasih kerana masing2 memainkan peranan dengan cemerlang! Sesungguhnya kita hanya berusaha, sementahan  Allah jualah yg memiliki kuasa mutlak, dan sehingga hari ini, aku menerima pelajaran yg amat berharga...inshallah!





Tuesday, May 25, 2010

KISAH A: SIRI II

Lagi kisah temanku, A. A masih terus berusaha meningkatkan kesabaran. Menahan api amarahnya dari terus marak. Tidak disangka2 olehnya, sampai begitu tindakan majikannya. Ingin menyelamatkan diri sehingga sanggup mengubah apa yang telah tercatat. Yang telah dicatat oleh pencatat yang tulus..hanya menyalin butir kata2nya itu~ yang agak diketahui umum dan mungkin juga dicatat pula oleh yang lain juga~ tidak ditokok dengan apa2 niat. Telah disemak, ada pula dalam buku catatan mesyuarat mingguan yang berwarna kuning itu, yang digilir-gilirkan. Dengar2 rata2 ingin membuat salinan apa yang telah dicatat berkenaan hal yang berbangkit. Supaya dapat melihat kebenaran pindaan yang dibuat.

Waimma begitu, A bersyukur kerana majikan sendiri telah mendedahkan siapa dirinya. Mencalar digniti dan integriti dengan perilaku sendiri dengan mengubah apa yang sememangnya telah sedia tertera di atas kertas minit mesyuarat ringkas mingguan yang dihadiri A dan rakan2. Bukan A seorang, sebaliknya ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju. Jika selama ini ada yang cuba mempertahankan maruah majikannya; dan A pernah juga bertindak demikian atas dasar menghormati seorang ketua, maka hari ini A bersyukur kerana Allah telah menunjukkan kepadanya siapa sebenar2nya majikannya itu. Sungguh,kata A, orang seumpama ini tidak layak dipanggil ketua. Tiada akauntabiliti, apatah lagi intergriti. "Mengapa takut? Bukankah yang datang saingan puan dan rakan pada suatu waktu dahulu?" pintas A dengan nada yang tegas. Kata A itulah kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh majikannya sewaktu diziarah orang atasan. Ya, mungkin suatu masa dulu tidak terlihat pada pandangan A, tetapi hari ini segala2 yang tersorok di balik labuh tabir telah hampir terdedah...

Apa pun jua, Adan rakan2 masih mengharapkan segala-galanya selesai dengan baik. Yang berhak diberikan hak semula ..khususnya untuk bekerja dalam suasana yang lebih harmoni. Begitu jua aku..akan kujadikan iktibar segala2 yang berlaku di sekelilingku. Allah itu Maha Adil, maka keadilan pastinya akan berpihak kepada yang benar. Jika tidak di dunia, pastinya menanti di akhirat. Telah juga aku pelajari, pemimpin yang dipilihlah seharusnya mendatangi pengikut untuk bertanya khabar dan mengambil cakna permasalahan mereka..kerana itu lebih mudah daripada pengikut yang mendatangi pemimpin. Wallahua'klam.

Tuesday, May 11, 2010

Medan Refleksi

Masih berada di medan refleksi. Kufikirkan ada yg sedang mengubah situasi..rupa2nya tidak. Justeru pd teman2..langkah mendiamkan diri adalah langkah terakhir. Menegur sudah, menyampaikan sudah. Sirah menyatakan bhw Rasulullah pernah memboikot sahabat. Dan, kerana aku berada di medan ini, maka semangat menulis bolg juga bagai terkekang. Berfikir, melaksana perubahan dan terus menanti perubahan...

Saturday, May 1, 2010

"Last Breath" by Ahmed Bukhatir

TANDA2 KEMATIAN

Mendengar seorang demi seorang kenalan, saudara & public figure pergi menghadap Illahi menyebabkan aku agak peka dengan perubahan diri. Bukanlah bermakna takut akan kematian kerana hakikatnya itu adalah sesuatu yang pasti; tetapi kerana berasakan persediaan dan amalan untuk dibawa bertemuNya terlalu sedikit, kalau boleh dianggap begitu. Entah-entah lebih sedikit daripada yang dianggap sedikit. Kesalahan dan dosa2 lalu bersarang di kotak ingatan, lantas amat2 dikesali; baik kpd ayahanda dan bonda, suami, anak2, teman2, saudara mara & semua yg pernah singgah di pentas hidupku.Untuk itu kumohon kemaafan dan keampunan. Yalah, sesungguh takdir tentang nyawa kita yg kerdil ini di bawah kuasa Allah semata2... Kulayari internet, dan inilah hasil yang kutemui di banyak laman sesawang.Sekadar mengambil kandungan petikan, untuk kita berkongsi ilmu, insyallah. 

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa 
atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI 
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


Saturday, April 24, 2010

Perubahan



Ruang apartment kami berubah sepenuhnya. Dari warna-warna hijau dan biru kepada warna2 pastel. Dari dinding yang dipenuhi hasil tulisan dan mural JuniorF kepada dinding hambar tanpa mesej. Namun, pastinya mengundang suasana yg lebih selesa khususnya buat tetamu yg bertandang.

Jelas sekali aku memerlukan ruang baru, suasana baru dan suntikan baru dalam hidup ini. Begitu juga untuk terus bertahan dalam kerjaya yg satu ini. Menjadi pendidik bukanlah cita2ku sejak kecil, namun kecintaanku pada dunia pendidikan bukan sesuatu yg wajar dipertikaikan. Selama lima belas tahun aku mencurahkan keringat di daerah di pinggir ibu kota Kuala Lumpur.  Silih berganti murid-muridnya, guru-gurunya dan para pentadbir. Jatuh bangunku sebagai pendidik bermula di sini kerana di sinilah aku memasang angan ingin menjadi seperti bondaku, yg jua seorang pendidik. Bertugas mengajarkan ilmu agama dgn sabar di tengah2 kesibukan kota, yg pada zamannya..boleh dikatakan kesedaran beragama amat sedikit. Buatku pula, kecintaan dan cita2 utk menjadi muaddib dan jua murabbi -kalau boleh dikatakan begitu- bercambah dan menyubur jua setelah aku benar2 mengenali akannya.

Bukanlah sesuatu yg mudah , tetapi tidak jua bermaksud sukar untuk menyelami jiwa keguruan. Yang penting, aku belajar menerima anak2 dengan hati terbuka.. Seadanya..dan daripada seorang guru, akhirnya timbul perasaan kasih kepada anak2 itu...yang datang dengan tangan terbuka. Adakalanya mereka bukan sekadar datang untuk tahu atau faham tentang pelajaran, sebaliknya juga tentang cabaran, keluarga dan masa depan. Manakala aku sendiri belajar tentang kehidupan daripada mereka. Ada yang hadir ke sekolah membawa nama keluarga yg dikenali umum, berharta dan berpangkat, begitu juga yang datang dengan 1001 masalah-pergaduhan ibu bapa, perpecahan keluarga dan sebagainya.

Walaupun rata2 murid berasal dari (status sosioekonomi) sederhana ke atas dengan latar pendidikan yang agak baik, namun gaya hidup dan masalah mereka berbeza2 antara seorang dengan seorang yg lain.  Justeru, dari situ aku belajar dan faham bahawa kehidupan di bandar tidaklah begitu menyeronokkan seperti yg pernah dibayangkan aku yg berasal dr keluarga yg 'biasa-biasa'. Ya, sungguhpun bergelar anak kepada 'si folan' dan 'si folan' yang bergelar datuk, datin, tengku atau tokoh selebriti yg berkehidupan glamour, namun pada usia 7dan 8 mereka sudah tahu maksud perpisahan ibu bapa...giliran bermalam di rumah ibu atau bapa..pada penghujung minggu dsb. Ada juga yg menantikan 2 minggu untuk bertemu ibu yg sering tiada di rumah, semata2 untuk mengisi borang mengikuti aktiviti kokurrikulum. Lalu pergilah si anak ini ke rumah bapanya yg telah mempunyai keluarga lain bersama2 pembantu rumah dari seberang yg terletak di luar daerah, dengan menaiki teksi..

Pernah sekali aku terkedu, mengenangkan jawapan yg tidak disangka2 oleh seorang anak didikanku...kerana kerap tidak hadir, kerap jua tidak menyiapkan tugasan yg diberikan oleh guru2. Namun kedatangannya di sisiku pada suatu hari merentap ego seorang guru...."saya tidak hadir kerana ibu tiada di rumah. Ibu melarikan diri meninggalkan kami adik beradik kerana mengikut kekasihnya, seorang penkid, cikgu...." Air matanya yg bercucuran  menginsafkanku, tentang betapa beratnya kedukaan serta tanggungan anak ini, sekaligus naluri keibuan menghimpit...

Apakah yg dapat kulakukan? Bagaimana mahu membantu anak2 ini? Yang jiwa-jiwa mereka bersarang kekeliruan antara masa depan dengan masa kini yang sedang dilalui. Hanya dengan kata-kata nasihat sahaja mampu kutunjukkan pilihan2 yg ada buat mereka, supaya mereka tidak terjebak dalam kancah yg tidak sepatutnya. Jua kuberikan harapan bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Mengasihani. Selebihnya, aku jua berdoa..jika anak2ku menghadai masalah dalam kehidupan mereka, akan ada jua insan yg sudi membimbing mereka....

Mengingat kisah2 lalu di bumi SKWM  selama 15 tahun lalu amat menginsafkan. Berhenti seketika, merenung sejenak..benarkah aku seorang guru? 

Saturday, April 17, 2010

Berpergian

MrF berpergian lagi. Rindu mencengkam apabila terpaksa berjauhan. Sibuk benar dia dengan tugas2nya. Dan seperti biasa, JuniorF melambakkan pelbagai soalan tentang papanya. Bila akan pulang, ke mana, berapa hari dsb. Kesibukannya akhir2 ini menyebabkan dia acap pulang lewat ke rumah, kembali menyambung tugas di ruang makan apartmen kami. Adakalanya sehingga dinihari, dan sesekali dia berhenti melepaskan lelah, seperti semalam...membina sebuah helikopter daripada blok2 lego untuk  JuniorF. Pastinya anak kecil itu cukup berbanggaa dengan hasil tangan papanya.

Walaupun cuma seketika, tidak sampaipun berminggu2, rindu tetap hadir. Sementelah, komunikasi kami seperti dihalang tugas masing2. Tanpa dia, lewat kebelakangan ini, aku 'menanggung' tugasnya; mengambil Fqueen dari sekolah setiap petang, membeli barang2 keperluan rumahtangga, menghantar & mengambil JuniorF dari kelas Taekwondo, membawa anak2 berlibur, dll. Baru kufaham perasaan ibu2 yg terpaksa mengharungi kehidupan sendirian. Letih benar rasanya. Namun begitu, aku bersyukur kerana kesibukan menghadirkan rindu, dan rindu menyuburkan rasa kasih di hati. Alhamdulillah, inilah anugerah Allah buat kami sekeluarga. Di kejauhan ini, kupanjatkan doa...semoga perasaan ini berterusan sehingga ke akhir hayat kami sekeluarga.Ameen.


Friday, April 16, 2010

Menjentik Keinsafan

Mari kita renung2kan kandungan artikel ini...supaya bercambah2 benih insaf bahawa kita tidak sesaat pun mampu menjamin umur kita berpanjangan, apatah lagi untuk menongkat langit. Justeru, marilah berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran.Jika kita kecewa, kecewalah berpada2, jika kita diselimuti amarah, marahlah pada kadarnya...kerana setiap helaan nafas kita, ada perhitungan.
Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.
Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.
Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.
Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.”(maksud al-Baqarah: 197)
Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”
Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.
Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.
Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.
Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?
Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.
Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.
Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.
Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.
Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.
Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Tuesday, April 13, 2010

Karenah

Masihkah anda ingat kepada kisah A? Ya, A rakanku sudah hilang semangat, kurang bermotivasi. Rata-rata teman sekerjanya  berpendapat begitu. Rata2 juga keberatan untuk melangkah kaki ke tempat kerja. Memikirkan tentang hendak berjumpa dengan si polan si polan juga sudah boleh memecahkan kepala, apa lagi hendak pergi bekerja. Sebabnya? Suasana kerja di tempat A yg kurang memberangsangkan; pendek kata kurang seronok berada di 'situ' lagi. Karenah pentadbiran. Perlukah berpindah? Perlukah A membuat suatu pusingan 360 darjah? Boleh jadi ya juga, walaupun perpindahan A tidak mungkin mnemberi apa2 kesan terhadap senario tempat kerjanya sekarang. Tetapi, seseorang harus sedar dan tahu, andai 70 peratus daripada penghuni organisasinya berperasaan sedemikian, pasti ada sesuatu yang tak kena. Dan jika 70 peratus tersebut berperasaan mahu 'keluar' dari 'tempat kerja' mereka, huh..pasti bakal mencipta kerencaman. Kepada yang berkenaan yang ada pertalian dgn tempat kerja A, fikir-fikirkanlah...sementara mereka masih boleh bersabar. Aku berhenti, untuk merenung sejenak.....

Friday, April 2, 2010

pergi tak kembali

Seperti pemilik suara yg melantunkan lagu ini, iaitu Ustaz Asri Rabbani, begitulah juga Saudara Din Beramboi pergi meninggalkan kita. Begitu pantas, tanpa ada yg menyangka. Begitulah kuasa Allah SWT. Sesungguhnya, kita ini hamba yg amat kerdil...siapalah kita untuk menentukan apa2, hatta nyawa sendiri yg begitu hampir dengan diri sendiri.

Alhamdulillah, hari ini kudapat melunaskan hajat untuk mengadakan bacaan Yaasin di Surau Ar Raudhah bg rakan2 guru. Tiada apa2 yg menjadi penyebab program ini diadakan, sebaliknya sekadar untuk mengeratkan silaturrahim dgn rakan2. Uh, hanya sebulan sekali.....mungkin ada komentar yg mengatakan terlalu 'sedikit', namun ada juga yg mengutarakan bhw mereka menghadapi kekangan masa utk menghadirinya walau diadakan hanya sekali sebulan. Rasionalnya....Jumaat dipilih kerana itulah hari yang agak lapang bagi kami, selain sebagai penutup minggu bekerja. Dan yang utama, sempena mengambil keberkatan yg ada pada penghulu segala hari tersebut. Objektif pertemuan itu...owh, setidak-tidaknya sebulan sekali kita dapat ingat-mengingatkan anatara satu sama lain melalui program2 seperti ini, bermaaf-maafan dan merapatkan ukhuwwah sesama sendiri. Apa2 pun bg yg tidak dapat hadir...tidak mengapa & tiada paksaan kerana yg paling utama ialah keikhlasan untuk bersama2. 

Waimma begitu, kuambil peluang ini untuk nasihat menasihati...hidup ini tidak panjang. Entah esok, entahkan lusa kita pula akan berangkat menghadapNya. Wallahua'lam..mohon agar ketika kita dlm keadaan 'paling beriman'., sementelahan iman org awwam seperti kita ada turun naiknya. Justeru, luang2kan jua masa untuk urusan2 ukhrawi. Untuk diri sendiri. Dunia ini seharusnya menjadi jambatan ke akhirat, bukan beban yg menghalang perjalanan kita tatkala dalam kelana menuju ke destinasi abadi nan satu itu. Seperti kata Sueza temanku seusai acara, "alhamdulillah...td rasa begitu bnyk tugas, namun hadir ke surau dan tamat majlis, rasa seolah2 ringan beban yang digalas."  Ertinya sesekali kita harus meninggalkan kerja itu untuk memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri demi kerehatan minda.

Buat teman2 yg bersama2 dan Pn Maznah yg menyumbang kudapan majlis yg serba ringkas itu, syukran jazilan jazakallahu khairan kathira. Insyallah, diharapkan majlis begini akan dapat diteruskan untuk kesejahteraan kita bersama. Buat keluarga saudara Din Beramboi, takziah dan dititipkan bacaan fatihah & doa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insyallah & ameen.

Wednesday, March 31, 2010

Psikologi Kepimpinan

“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka berbuat baiklah kamu terhadap saudara2 kamu..” Al mukminun.
Menegur biar ada caranya. Berhikmah agar terus dihormati orang sekeliling jika tidak sampai ke tahap disayangi sekali pun. Bagiku itulah ciri2 penting yg perlu ada pd pemimpin. Usah memimpin dengan mematahkan semangat ‘org bawahan’, dan usah jua memayahkan urusan mereka. Berminda terbukalah,  dengan bersikap memimpin dan membimbing. Pasti, jasa kita akan dihargai sebaik2nya.
Buat pemimpin yg bersikap mematah dan memayah, ingatlah analogi ‘anak gajah’. Anak gajah yg seekor ini telah ditambat pada sebatang kayu sedari kecil . Puas meronta, namun tidak pernah berhasil sehingga akhirnya anak gajah berhenti mencuba. Lama-kelamaan anak gajah menjadi dewasa...namun akibat semangatnya telah patah, maka gajah tersebut tidak lagi berusaha membebaskan dirinya, walaupun saiznya telah menjadi puluhan kali ganda berbanding kayu tambatannya itu. Yaaa...usahlah menjadi pemimpin yg boleh mematahkan keyakinan org lain terhdp diri mereka sendiri kerana seperti anak gajah, keyakinan merupakan suatu aset yg tiada tolok banding nilainya dlm kehidupan makhluk manusia. Jadilah pemimpin yg boleh memacu keazaman org bwhn utk menghasilkan yg terbaik. Nama yg diberikan...’pemimpin’ tentulah untuk ‘memimpin’...maka kesalahan mereka perlulah diladeni seadanya. Ditangani dengan adil agar dapat memenangi hati mereka ini.
Sesungguhnya maha luas ilmu Allah. Dari timur dan barat, waimma habis air laut untuk dijadikan tinta...maka tentulah tiada bandingannya dengan ilmu Allah. Justeru, apabila kita membuat keputusan, berfikir dan bertindak..biarlah berdasarkan ilmu kerana ilmu-lah yang memandu kita kearah kehidupan dunia dan akhirat. Biarlah ilmu yang hak mendasari segala-galanya. Ya, itulah perbezaan antara ilmu dan harta;  ilmu menjaga kita, manakala harta menuntut penjagaan si empunya. Begitulah gambarannya, lalu untuk menjadi pemimpin yg baik maka hendaklah setiap  daripada kita haruslah berilmu. Setidak-tidaknya ilmu dalam mengurus rumahtangga, mengurus emosi, mengurus keluarga apatah lg jika mengurus/ memimpin sebilangan manusia.
Teringat kepada kata2-ilmu tnp amal ibarat pokok tanpa buah, lalu dicatatkan sedikit ilmu kepimpinan organisasi pendidikan  (dipetik daripada Schein, 1985: How Leaders Shape Culture) buat renungan dan manfaat bersama....
Menurut Schein (1985), pemimpin mempunyai potensi utama untuk menyemai dan melaksanakan aspek2 berkaitan budaya organisasi melalui 5 mekanisme utama, 4 daripadanya  dihuraikan di bawah :
1.       1. Perhatian @ attention
Pemimpin organisasi perlu berkomunikasi ttg keutamaan, nilai, & keprihatinan dgn memilih soalan2 utk ditanyai, diukur, diberi komentar, dipuji atau dikritik. Sebilangan besar peluang komunikasi harus berlaku sewaktu merancang & memonitor  aktiviti, contohnya dalam mesyuarat, atau melalui “management by walking around”. Luahan emosi oleh pemimpin mempunyai efek yang kuat dlm mengkomunikasikan nilai dan keutamaan. Tidak bertindakbalas terhdp sesuatu juga membawa maksud bhw isu tersebut  dianggap tidak penting oleh pemimpin organisasi.
2.     2.  Reaksi terhadap krisis
Krisis  adalah signifikan kerana secara emosi, persekitaran meningkatkan potensi untuk subordinat mempelajari tentang nilai dan proses membina  rumusan.
3.     3.  Model utama.
Pemimpin seharusnya dapat mengkomunikasikan nilai dan pengharapan melalui tindakannya sendiri, terutamanya tindakan yg mnunjukkan kesetiaan, pengorbanan diri serta perkhidmatan yang melangkaui tugas sebenar terhadap organisasi. Pemimpin yang menginstitusikan sesuatu polisi dan prosedur  tetapi gagal untuk memantau sebenarnya sedang menghantar mesej bahawa perkara (polisi  & prosedur) tersebut tidaklah benar2 penting.
4.      4. Peruntukan ganjaran
Pemberian ganjaran juga digunakan  untuk pemimpin menghantar mesej kepada subordinat tentang apa yang menjadi focus mereka. Pengiktirafan yg diberi scr formal dan penghargaan scr tdk formal melalui pujian adalah notis tentang keutamaan pemimpin dlm pentadbiran mereka. Justeru, jika pemimpin gagal mengenalpasti sumbangan & pencapaian subordinat, maka scr tdk langsung  pemimpin telah menidakkan kedudukan mereka dlm organisasi. Selain itu, secara relatifnya, pengiktirafan  terhadap sesebahagian  individu subordinat mengesahkan kepentingan mereka berbanding sesebahagian yang lain.

Dengan rendah hati, marilah kita renung2kan...terlintas di kotak mindaku, hebatnya psikologi kepimpinan  Rasulullah yang dapat memaut hati penentang2 baginda SAW sehingga akhirnya  mengucap kalimah syahadah. Hasil dakwah baginda juga, kini kita menjadi muslim dan beriman kpd Allah. Banyak contoh dapat kita gali dengan menilai peribadi baginda yang sememangnya dianggap "khuluqul quran"..Selamat beramal..

Saturday, March 27, 2010

Kisah A -pause to reflect

Begitulah manusia. Sukar ditelah. Hakikatnya manusia itu makhluk yg amat kompleks. Amat-amat kompleks sehingga adakalanya gagal difahami insan lain. Tindakan mereka sukar jua dimengertikan. Menyelak helaian teks educational management, pantas kumembuat perbandingan dengan situasi di institusi pendidikan tempat kerja rakan baikku. A nama tengahnya. Rumit. Memang rumit.

Ujarnya, dia acap mempertahankan senior2 superior di sekolahnya. Setidak-tidaknya pada pendapatku, dia telah cuba menjadi orang yg neutral- dlm apa jua keadaan. Demi kebaikan kedua2 belah pihak. Pernah jua pendiriannya mempertahankan ‘org atasannya’ itu disalahertikan. Namun tindakannya itu seolah2 segala2nya tiada makna. Lantas dia berasa tidak dihargai. Ketelusannya menegur dan menyampaikan buah fikir selama ini bukan sahaja tidak mendatangkan apa2 perubahan, sebaliknya seolah2 di pandang sepi. Hampir2 dia jua tersepit dek karenah antara mereka. Lantas perlahan2 dia kembali mendiamkan diri...mendengar serta menghalusi apa yang diperkata teman2 sekeliling. Diam2 juga dia mengakui kebenaran kata2 teman2nya...ialah, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Walau mungkin ada antara cerita2 itu kurang tepat, atau tidak 100% benar, namun asasnya telah wujud.

Awal tahun baharu, suasana di laman kerjanya, tempat mencari rezeki riuh kembali. Kesibukan menangani tugas rasmi berselang-seli seloroh. Mereka kembali positif apabila ada ungkapan superiornya untuk  melaksanakan perubahan. Namun, yang menimbulkan kepelikan A dan rakan-rakannya ialah pelaksanaan tidak selari dgn perkataan. Ibaratnya, kata A, janji hanya sekadar janji. Nil. Kosong. Sewaktu pihak atasannya menghebahkan tahun 2010 akan menjadi tahun perubahan, A dan teman2nya gembira benar, lagaknya seperti suasana di bawah bumbung tempatnya menyumbang bakti itu akan menjadi tempat yg paling aman dan harmoni. Atau sekurang2nya menjadi tempat yg mampu merangsang motivasi mereka utk mendidik anak bangsa.

Sebaliknya... kata A, minggu yg belum cukup haul ini seolah2 menafikan semua itu. Kesilapan yg remeh, boleh diperbetul dengan teguran & nasihat, seolah2 menjadi suatu dosa yg amat berat. Sekurang2nya itulah perasaan mereka.Mereka mengeluh, aduh.. di manakah silap mereka...di manakah budi bicara, tolak ansur dan meja runding? Jika di pihak mereka, seolah2 tidak mengapa pula? Jadi bagaimana? Soal A buatku. Mengusutkan lagi, rakan2nya menjadi tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dgn pihak atasan. Dan kewajaran alasan yang diberi mereka untuk dipertimbangkan bg sesuatu yg dianggap salah, ditolak mentah2. Tujahan bhw subordinat sentiasa berada dlm zon selesa bermain di bibir, walhal kebanyakan daripada mereka  tidak menolak tugas. Jika wujud pun, bilangannya amat kecil, ujar A.  Tiada perkongsian antara kedua2 belah pihak, dan sebarang cadangan ditolak mentah2 sblum sampai di meja runding. Jika ada yg positif sekalipun, hanya scr perlahan2 membisikkan kegusaran tanpa keberanian bersuara scr berdepan.Sekadar itu.

Kisah A kufikirkan dalam2. Dalam cerita yg panjang lagi lebar, A meluahkan bahawa kini dia tidak lagi mahu mempertahankan siapa2. Juga dia memang sudah tidak mampu. Kata A, organisasi tempatnya bertugas agak tersohor sebelum ini, tp kini semakin tenggelam dgn kehebatan institusi lain di sekelilingnya. Hanya kerana karenah pentadbir yg kurang disenangi, tiada persefahaman dan kini, masing2 ibarat mengikut haluan sendiri.
Kisah A kubawa supaya mampu menjadi contoh bahawa,dlm mana2 organisasi, tanpa kesepakatan, segala2nya boleh ‘rebah’. Baik organisasi kecil seperti sebuah rumah tangga, apatah lagi organisasi yg lebih besar. Bak kata bijak pandai, akar yang kuat pasti mendorong pokok untuk tumbuh subur. Jika baik pangkalnya, baik jualah pokoknya, dan insyallah, bakal menghasilkn buah yang berkualiti...kerana itu jua Rasulullah mengamalkan sistem syura dlm pentadbiran baginda. Fikir2kan...

Monday, March 15, 2010

DEMI MASA

Salam. Berpagi2 mengemas rumah. Usai satu, disambung pula dgn kerja2 mendobi, dan kemudian menyediakan sarapan buat anak2. Seharusnya Fqueen ke Stadium Hoki Jalan Duta- menyertai sesi latihan di pasukan sekolahnya. Namun, dia membatalkan hasrat ke sana kerana Natasya tidak bersama. Uh, ada2 saja!!

     Melihat pola 'kerajinanku' dalam menulis di laman ini, agak memeranjatkan. Apa tidaknya, boleh dikatakan hanya sebulan sekali kuberbuat demikian. Kerja2 rumah yang sedia banyak, ditambah pula dgn tugasan dari tempat bertugas, karenah anak2 dan kesibukan MrF akhir2 ini, menyebabkan ada waktunya masa seolah2 tidak cukup buatku. Hati beristighfar, sesungguhnya fenomena kepantasan waktu adalah suatu petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: 

“Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”. (riwayat Tarmizi)

      Begitulah hakikatnya, umur dunia semakin singkat. Begitu juga umur kita. Sedang kita pula semakin tenggelam dalam keasyikan, melayari kehidupan yg berpusatkan hawa nafsu semata2. Setidak-tidaknya ada usaha untuk menenggelamkan kita, umat Islam...samada dengan hiruk-pikuk politik domestik atau riuh-rendah tentang suasana ekonomi negara mahupun dunia; manakala anak2 muda dimomokkan pula dengan nikmat keduniaan yang seolah-olah tiada batasnya, lantas dek terbuai dalam budaya hedonisme; lahir pula 'penyakit' membuang zuriat sendiri. Bukankah kita sudah berada di akhir zaman?

     Antara tanda2 kecil kiamat, yg kusifatkan sudah amat hampir kepada sifat lengkapnya adalah seperti yang digambarkan dlm hadith2 berikut:
1.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
2."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3. Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah


    Jauh di sanubari, kuharapkan agar tanda2 besar kiamat ini belumkan ada, namun mengahayati salah satu tandanya yang hampir membuatku senak ialah berlakunya tiga tanda besar, yakni tiga gempa, satu di timur, satu di barat, manakala satu lagi di Semenanjung Arab. Arghh...enzim2  liurku seakan2 berhenti berfungsi..ketat terasa kerongkong...kalaulah semua kita menyedari!!


     Aduhai, jiwa terasa goncang! Begitulah, dan kerana itulah Allah menyebut dan bersumpah demi masa dalam kitabNya. Maka, aku sendiri...usah pergi jauh,atau usahlah diambil contoh orang lain, sebaliknya 'aku' dalam kondisi yang terlalu terlalu hampir.. berada dalam kerugian, kerana sifat mudah lupaku yang menjadi petanda aku makhluk Allah yang amat sempurna, dan ditambah pula sifat lemahku sebagai manusia yg serba kekurangan  Lantaran itu jua, sebagai manusia yg lemah kita haruslah ingat-mengingatkan..dalam kebenaran; dan dalan sabar!!


PS: Moga jangan pula antara kita mengaitkan segala tanda2 kiamat yg disebut Rasulullah SAW dengan tilikan Kaum Mayan & Nostradamus, apatah lagi setelah menonton filem 2012....Nauzubillah.



Thursday, March 4, 2010

No News.....

Masih tiada kesempatan untuk meneruskan bicara yg panjang2 n berlama2an di arus maya. Banyak perkara menarik yang berlaku, khasnya yang melewati kehidupan sehari2. Pendek kata, memang hidup ini rencam. Dan pengalaman ialah universiti terbaik buat kita semua. Tanpa ada kekecualian. Namun, kesibukan melunaskan tuntutan terutamanya sebagai ibu, suri & pendidik menghambat dan merembat segala kesempatan untuk berblog. Justeru, hasrat yang kian merimbun dipendam lagi.

Hari ini, terpaksa aku ber'MC' kerana migrain. Sementelahan JuniorF yang demam dan MrF juga kurang sihat. Uhh..Dr Hasmawati dalam kunjunganku ke Hosp. Damai membenarkan telahanku; tonsil  JuniorF bengkak dan bernanah.Kesian JuniorF..menggigil tatkala tengah malam. MrF? Stress dengan timbunan kerja2nya yg wajib dilunaskan hujung minggu ini. Justeru, buat teman2 yang memberi komen - blogku yang sunyi sepi......"no news means good news"... InsyaLlah, akan kucari & curi peluang untuk terus mengisi ruang, mengetuk kekunci aksara ini.....

Owh..harapanku, hasrat bersosial bersama teman2 di Wangsa Walk Mall Isnin depan dan hajat untuk merasai nikmat pulut mangga sambil berbual2 degn Sueza, Izwa, Nina & Azizah d Legend di Manggo Chili akan tertunai. Pesanan untuk Kak Win, As & Sueza betul2 looking forward utk gathering Monday ni....kalau2 kak ada kesempatan utuk join kami semua, memudakan diri utk 10 tahun!! Kak Nik, macam mana? Berhajat??

Monday, February 8, 2010

Fikir2kan!

Bunyinya harapan mereka seperti optimis  pada darjah paling akhir. Justeru, kegusaranku juga pada tahap maksima. Persoalannya apa & mengapa?? Ya, lantaran kedengaran bisikan teman2 mengharapkan aku bisa menjadi ‘suara’ dalam badan yang selama ini menjadi wadah antara pihak pentadbir dengan staff. Entah mengapa begitu iramanya, tidaklah dapat kupastikan puncanya.Hanya Sueza dan Wawa yg berkecuali mengundiku. Langsung kutidak berkecil hati.. "tahu kebajikan akan terjaga, tapi kasihan As," ujarnya ringkas namun penuh makna.
Dengan majoriti 33 (daripada berapa jumlah sebenarnya pun, tidaklah kuusulkan), tampuk pengerusi bertukar tangan. Tiada terpalit atau tercalit perasaan teruja, kerana padaku…jawatan tersebut hanya sekadar perhiasan kehidupan hari2. Dengan atau tanpanya, kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan. Bahkan, tanggungjawab & amanah yang dipikul itu sebenarnya lebih menggusar perasaan berbanding keterujaannya. Tidak mengubah apa2.
Salam dan ucap tahniah jua silih berganti, apatah lagi dengan usul2 yang membangkit suasana perdebatan  dalam kalangan AJK nan baru, staff dan pentadbir dapat ditangani dgn baik. Uhh…sedikit panas dan ada jua yang beremosi. Itu kata mereka. Aku tidak mahu sendiri2 menterjemah situasi itu.Tak mengapalah, kerana padaku yang penting ada unsur2 pembinaan kemahiran assertive, yakni kemahiran  berterus terang dalam berbicara. Yepp..skill itu bukanlah sesuatu yang boleh dibina dalam masa sehari, sebaliknya perlu dilatih serta dipraktikkan. Dan pastinya, kemahiran tersebut juga berkait rapat dengan pembinaan sikap keterbukaan dalam menerima pendapat orang lain. Pendek kata, sikap tersebutlah yang bakal menganjak paradigma  kita, dan mudah2an membawa ke suatu arah tuju yang positif.
Rata2 memberi maklumbalas positif tentang caraku mengendalikan mesyuarat tersebut. Dalam kalangan kakitangan, pastinya. Alhamdulillah, ketika suasana yang hangat itu, ilham datang bersulam kesabaran. Doa dan harapku cuma satu, apa2 yang kulakukan hendaklah demi kepentingan dan kebajikan semua. Kerana Allah. Hakikatnya, badan kebajikan ini wujud dengan asas ingin mempermudah tugas hakiki semua pihak. Admin? Janganlah ada yang menganggap bahawa kewujudannya untuk menambahrencamkan lagi suasana yang sedia ada. Mungkin kewujudannya tidak dimanfaatkan sepenuhnya selama ini. Atau hanya dimanfaatkan oleh sesetengah pihak….yakni tidak bersifat dua hala.
Opps…agak sensitive bunyinya, tetapi selalunya begitulah. Atau selalunya dilihat begitu. Berapa orangkah dari dalam kalangan kita yang benar2 ikhlas menjalankan tugas? Beruntunglah kita jika tergolong dalam golongan yang menanam bibit2 keikhlasan dalam kerjaya. Insyallah…resepinya, meminjam kata2 Wardina Safiyyah dalam program Sehati Sejiwa, harusnya kita berbuat sesuatu berasaskan perasaan ingin memperoleh keredhaan Allah. Maka, begitu juga sifirnya dalam menjayakan sesuatu yang dipanggil ‘kerjaya’. Barulah berjaya. Bukan kerana pangkat, glamour atau apa2 yg sewaktu dgnnya.
Rasulullah SAW merupakan seorang contoh ikutan yang mempunyai kecerdasan yang tinggi, baik IQ, EQ dan SQ. Bagindalah pemerintah kerajaan Madinah, negara pertama yg  diiktiraf sebagai negara berpelembagaan, baik dlm kalangan sarjana timur mahupun barat, tetapi baginda merendahkan diri kepada sahabat dgn bertanyakan tentang cara2 untuk memanggil ummat bersolat di masjid tatkala telah tiba ketikanya. Sebenarnya, di sebalik tindakan Rasulullah SAW itu tersirat suatu pengertian, bahawa baginda mengiktiraf buah fikir sahabatnya, sekaligus mengamalkan system syura dlam pentadbiran beliau. Lantas, tidak hairanlah kerajaan baginda diangkat  & diiktiraf sbg kerajaan yg sistematik…menggamit pengkaji dari sepelosok dunia.
Benar. Baginda jua ada menyatakan dalam sabda yg bermaksud, banyak itu tidak semestinya benar. Justeru padaku, seharusnya dalam organisasi…kita wajar berkongsi pendapat dan maklumat agar perhubungan menjadi lebih baik. Usah dikira status atau umurnya...bukankah petitih orang tua, kecil jgn disangka anak, besar jgn disangka bapa? Begitu juga kisah Hang Nadim dlm dunia Nusantara. Kita jauh berbeza dgn Rasulullah SAW, jadi akuilah, pendapat kita seorang tidak memungkinkan sesuatu itu ultra hebat tanpa dimurnikan dgn pendapat individu2 lain dlm organisasi. Bukakan minda, rendahkan hati, jauhi ujub & riyak, tidak mengapa cadangan kita tidak diikut atau dipinggir, kerana sesungguhnya setiap kita mempunyai persamaan, bertebaran dan hidup melata di bumi Allah ini. Menjadi hayawanun  natiq; dalam istilah ilmu mantiq sekaligus terpilih & diangkat menjadi khalifah Allah. Fikir2kan!

Thursday, January 28, 2010

Hambatan Waktu

Salam. Terasa begitu lama…namun begitulah kehidupan. Terasa seperti kesibukan melayani karenah dan keperluan di sekeliling begitu menyesak ruang waktu. Hatta keinginan  untuk berlibur jua bagaikan sudah dingin. Uh…bukan berlibur apa2, tetapi sekadar untuk melepaskan lelah serta mendapatkan kerehatan. Iya, lagaknya seperti tiada waktu untuk itu, apatah lagi untuk mengetuk kekunci aksara bagi melangsungkan hayat blog.
                Banyak yang berlaku, namun buat sementara waktu ini….biarlah bicaranya ditangguhkan dahulu. Azamku, mahu mengusaikan apa yang perlu mengikut ketetapan waktu yang diperuntukkan.  Terasa benar lelahnya pada awal tahun ini, tatkala semangat beria-ia berkobar dan berkibar untuk mengubah suasana pembelajaran di sekolah…anak2 murid pula menduga dengan seribu satu bentuk fi’il. Melihat analisa keputusan kelasku sendiri, kelas ‘A’ kononnya….argghhh, takut untuk menanam harapan yang tinggi. Cabarannya bukan sedikit, mungkin kerana anak2 tersebut sudah lama terleka..Untuk makluman, mendidik anak2 di kawasan pinggir Bandaraya Kuala Lumpur ini agak berbeza sedikit. SES(socio-economic status mereka pada thp sederhana, tetapi pengaruh budaya KL itu menjadikan gaya hidup berkeluarga agak caca marba). Mana tidaknya, ibu bapa dihambat kesibukan meraih rezeki,anak2 mungkin terbiar..atau sebaliknya ibu bapa yang sibuk hanya meng’kontrak’ orang seberang memangku tugas2 keibubapaan…
                Berbalik kepada isu sebenar, kendatipun begitu, seorang Islam sewajibnya bersangka baik terhadap PenciptaNya.  Lalu, dilemparkan seluruh semangat yang dikumpulkan bersama2 rakan2 pendidik @ seperjuangan untuk terus bercita2 menaikkan semula pencapaian lalu. Teringat kepada hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cita-cita ialah rahmat buat umatku. Jika tidak kerana cita2, tidaklah petani menanam pokok2, dan tidak pula seorang ibu menyusukan anaknya.” Dan Saidina Ali dalam tuturnya yang paling berkesan di jiwaku: "Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.."Benar, cita-cita demi mendapat keberkatan Illahi dalam mendidik jiwa2 muda ini perlu ada kelangsungannya. Tidak wajar jika berputus asa. Iya… keputusan lalu yang sedemikian rupa pasti ada hikmahnya, lantaran segala usaha perlu digembeleng. Dan usaha itulah yang menjadikan rata-rata kami begitu sibuk dengan tugas mendidik. Namun, insyallah..karenah insan yang di atas serta di bawah akan kami ladeni sebaiknya dan seadanya berlandaskan kemampuan kami.
                Headcount buat rakan2 masih dalam proses, lalu kukira aku benar2 terhambat.Maaf, insyallah..hujung minggu kita bersua kembali. Dengan izin Allah, pastinya!!!

Friday, January 15, 2010

Sakit & Syukur

Jumaat kembali lagi dalam tahun nan baru. Alhamdulillah, hari ini aku mampu bangkit semula dari kesakitan. Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku diserang sakit pada kedua2 belah lutut, yang kebiasaannya hanya menyinggah dalam kalangan warga yang lebih berusia daripadaku. Namun, sebagai hamba Allah  yang lemah  di sisiNya, aku akur….siapalah aku untuk menentukan yang mana bahagianku, atau bahagian kita, atau bahagian orang lain.

Dengan nasihat rakan2 senior di sekolah, juga melalui pembacaan dan akhirnya mendapatkan nasihat pengamal perubatan, aku akhirnya memutuskan untuk mengambil glucosamine dan chondroitin bagi mengatasi masalah tersebut. Tiga hari pertama dengan dos 1500mg- yang agak tinggi, kurasakan membuahkan perubahan kepada keadaan lutut, sengal2 pada seluruh bahagian kaki, khususnya pada waktu malam (apatah lagi apabila kesejukan) dan kemudian kesakitan agak berkurangan keesokannya.

Namun, kesan sampingan yang kualami agak menakutkan, berpeluh pada tapak tangan,sakit dada, jantung  berdebar-debar, gastrik, migraine dan cepat marah. Justeru doktor memintaku berhenti seketika, memulakan semula pengambilan dengan dos yang lebih rendah. Selain itu, aku juga diberi cuti untuk berehat di rumah. Menurut doktor, kebiasaannya, pengambilan supplement seperti yang aku lakukan tidak mendatangkan apa2 kesan, tetapi dlm kes ini kiranya tubuhku memberikan reaksi berbeza. Katanya lagi, ada tubuh yang sensitif terhadap bahan asing, walaupun sekadar herba biasa. Namun, pesannya yg amat kuingat, agar aku membuat pemeriksaan rapi kerana amat jarang seorang individu mengalami sakit pada kedua2 belah lutut secara serentak, khususnya atas faktor usia.

Kembali bersolat secara normal sepenuhnya, walau dalam kadar pergerakan yang amat perlahan, aku tetap bersyukur kerana masih mampu bangun dan meneruskan kehidupan. Bahkan boleh terus menjalankan tugas. Ya…ketika inilah nasihat yg kuberikan kepada anakku perlu kupraktikkan. Lebih mudah mengujarkan daripada sendiri mentaatinya..Kalau kita menaiki kereta, lihatlah kepada yang menunggang motor, jika gusar.. lihat pula kepada yang berbasikal, yang berjalan kaki, dan jika berjalan kaki, lihat pula kepada yang kurang upaya, sehingga hilang kemampuan berjalan. Jika kita ditakdirkan Allah kurang keupayaan suatu hari kelak, kembalilah mensyukuri nikmatNya kerana masih dianugerahi kesempatan menghirup udaraNya, menjadi hambaNya..beramal di jalanNya dlm serba kekurangan. Namun inilah keindahan iman. Melihat segala-galanya dari kacamata iman…pasti & insyallah akan menjadikan kita manusia serba sederhana dan bersyukur.

Penyakit ini juga mengembalikan ingatanku kepada seorang insan yang kukenal lama dahulu… Nenek yang terkenal sebagai “orang tua kampung” dipelihara anaknya di hujung Kampung Panglang, berhampiran kampungku..amat lanjut usianya. Maha Suci Allah, tatkala bonda membawaku menziarahinya, aku terpana…kerana usia lanjutnya, lututnya yg sekian lama membengkok dek kerana tidak mampu bergerak; menjadi keras dan tidak mungkin diluruskan semula. Ya Allah, suasana itu amat menginsafkanku yg pada ketika itu berusia belasan tahun. Justeru ziarah itu membentuk suatu pemikiran, bahawa kecantikan dan kejelitaan yang ada pada kita benar2 bersifat sementara. Ziarah itu amat terkesan, lalu pemikiran itu masih dibenakku. Ya, segala2nya, sesungguhnya milik Allah semata2!

Dan sewaktu rehat dihari Jumaat juga aku beroleh 'sesuatu' daripada Suza dan Izwa...menimbulkan soalan yg wajar ditimbang2 di benak dan ruang fikir..owh, cik adik..kitakah yang wajar mengadaptasi diri dengan 'orang baru'? atau sebaliknya dengan suasana baru? atau sekurang-kurangnya saling mengucap salam, membuka pintu silaturrahim? Bukankah petitih Melayu...di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung?


Monday, January 11, 2010

The Muqaddimah-2010

THIS IS IT,where I stand, segar malar luahan MJ…kurujukkan kepada 2010. Suatu minggu baru dalam tahun nan baharu. Baru untuk segala2nya…dan mengharapkan yang terbaik walaupun permulaan duapuluhsepuluh dimulai gerhana bulan pada malam pertamanya. Harapan masih berbunga agar tahun ini tidak diasimilasi dengan gerhana yang pastinya berasosiasi dengan kegelapan. Fuh….agak hebat metafora itu…..namun intipatinya, biarlah yang bahari itu berlalu dengan 1001 pengajaran…

Kesibukan menyesuaikan diri kelihatannya menghambat kami sekeluarga, khususnya JuniorF yang sudah lama bercuti. Saban hari berpesan, mohon dijemput awal jikaku tiada mesyuarat, bahkan pesanan kuterima lewat sms MrF. Ya..anak ini masih di peringkat penyesuaian ke alam persekolahan. Seharusnya masing2 menghormati perasaannya. Fqueen kukira kurang bermasalah mengadaptasi diri kerana ini bukanlah sesuatu yang baru baginya…kecuali menyeimbangkan keupayaan menjadi pengawas dengan pelajaran. Jelas, kesibukan meladeni pelajaran mendambakan dia berjaga bersama2ku hingga lewat malam.
Sepanjang minggu ini, tiada yang ‘terlalu’ penting..melainkan penting2 belaka. Cuma khabar kuterima mengganggu minda..seorang bekas anak muridku jatuh dari tingkat empat apartment keluarganya. Rozalia, pastinya kuingati kerana abang dan adik2nya turut menjadi anak muridku.Hanya adik bongsunya sahaja yang tidak pernah kuajar secara formal. Justeru, aku mengenali ibu dan ayahnya yang agak aktif dalam PIBG sekolah kami. Mohon Allah sejahterakan kehidupannya, menyembuhkannya daripada kecederaan yang dialami kerana kuasa Allah sahaja yang mampu menyelamatkannya. Sewajibnya tahun ini Rozalia menduduki SPM. Padaku, segala2nya adalah takdir, kerana mutlaknya kita tertakluk dalam kuasa Allah.Maka doa jualah senjata paling sesuai untuk tidak dipersia2kan. Bukankah pesan nabi dan ulama'; doa merupakan senjata mukmin?
Jumaat pertama… datanglah penghulu segala hari. Justeru, hasil perbincangan dgn kawan2 semalam kubawa bertemu Pn CT. Biarpun pada peringkat awalnya suasana seperti ‘mahu /akan tegang’ namun alhamdulillah, kami berjaya mengawal emosi masing2. Lantas kukira dalam kekangan yang wujud, kemahuan dan cita2 masing ditangani dengan suasana ‘menang-menang’ sebagai jalan tengah. Terima kasih kerana memahami. Atau sekurang-kurangnya cuba memahami. Untuk memulakan tugas dalam episod nan serba baru, lebih baik dimulakan dengan permulaan yang jernih, meninggalkan yang keruh dengan mengambil segala pengajaran untuk diteladani & disempadani. Hidup ini rencam, justeru kita perlu melayarinya dengan kebijaksanaan yang dikurniakan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.
Berhujung minggu pertama ini, sekadar berhajat beriadah di Tasik Titiwangsa bersama MrF & Junior. Si kakak menghadiri Kursus Kepimpinan Kokurikulum di sekolah. Biarlah…dia sedang berusaha membina identiti di alam persekolahan. Namun, pada sebelah malamnya kami sekeluarga menjenguk Cikgu Mohamad & Cikgu Zainab, ayahanda & bonda mertua yang berziarah di Sg Buloh. Lewat jam 2 a.m barulah tiba di rumah semula. Sukar melelapkan mata, ASTRO Beyond yang baru dinaiktarafkan menghiburkan dengan dokumentari. Seusai subuh, kami mengambil kesempatan beradu semula, namun sms drpd kanda sulung tentang ayahanda di Senawang menggesa kami  bangkit bersiap. Ughhh..bergegas ke Seremban, kami hanya berkesempatan bersarapan di kiosk Esso di Ampang. Melihat keadaan ayahanda, agak sedih juga kerana jelas keuzurannya. Namun ‘degil’ dan ego seorang bapa yang ada padanya tidak berubah apabila kuajak ke klinik. Ego lelaki yang selama ini berjuang untuk anak2nya. Mentelah katanya, Rabu ini ada temujanji dengan doctor yang sepatutnya merawatnya….lalu kusekadar membelikan tongkat berkaki empat buatnya, andaikata dia memerlukannya seperti sehari dua ini.
Petangnya, kutinggalkan orang tuaku menuju ke KL dengan sedikit kelegaan apabila ayahanda mampu menghantar kami sekeluarga ke muka pintu……dan doa untuk mereka terus merimbun!