Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Friday, August 21, 2009

Awal Ramadhan

Salam.Ramadhan mengetuk pintu kehidupan kita...Alhamdulillah, Allah masih mengurniakan kesempatan buat kita menyedut udaraNya lagi. Satu Ramadhan tahun ini amat tenang walaupun pelbagai gelora kehidupan yang melanda. Politik...H1N1...serta tugasan rencam yang perlu diselesaikan. Lebih nikmat, tengahari Satu Ramadhan di'nyaman'kan udara segar perbukitan berbaur hujan yang sederhana lebat di Ukay Perdana, walaupun mungkin tidak di Kuala Lumpur atau di tempat lain. Sekurang-kurangnya redup Satu Ramadhan mengundang harapan bahawa semua kemelut kehidupan hanyalah satu ujian Illahi, mehnah yang Allah turunkan untuk menguji hambaNya & seterusnya meningkatkan keimanan kita.Sebagai hamba Allah, sifat husnusdzan atau bersangka baik kepada Pencipta yang Maha Agung adalah satu kewajipan..sesungguhnya, when Ramadhan begins, the door of Jannah opens, and the doors of Jahannam closed. May Allah guide us, my friends...on the straight path and protect usfrom all evils,reward us with Lailatul Qadar. May HE keep us from the wrong doing until we meet HIM, insyaAllah...
Sempena Satu Ramadhan ni..bermula episod 'blog-memblog'..atas motivasi blogger farashizuka, maka inisiatif ni dimulakan. Alhamdulillah, kelapangan terluang ni dapat kuisikan setelah sekian lama keinginan ini 'terbengkalai'... insyaAllah, medan ini akan terus diladeni bagi menyampaikan buah fikiran.Terima kasih, farashizuka!

No comments:

Post a Comment