Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Tuesday, October 27, 2009

ILMU

Berita kemalangan yang menimpa peserta perkhemahan di Perak disambut MrF, "tak mungkin binaan jambatan gantung tu tak diperiksa", getusnya tidak berpuas hati. Kusambut kata-kata beliau dengan memperihalkan betapa beratnya tanggungjawab sebenar guru yang mengendalikan perkhemahan luar sekolah. Kuceritakan tentang dua orang rakan senior SMAWP yang terkorban semasa mandi-manda sewaktu menyertai lawatan di Teluk Batik, Perak, lewat tahun 1986.

Segala-galanya membuatkanku teringat kepada kata-kata Kak Nik. "Semuanya milik Allah, As. Tak ada sesuatu pun yang dalam kawalan kita...".Benar sama sekali, usahkan wang ringgit, nyawa kita tidak dalam jaminan kita kerana sesungguhnya hanya Allah yang lebih berhak. Tapi, adalah menjadi tugas kita merancang sesuatu sebaik-baiknya sebelum  dilaksanakan, tidak kira sesiapa atau di mana  pun kita..bak kata bondaku dahulu, dalam merancang, kita mesti mengkaji yang buruk, baru dapat yang terbaik. Selain itu, kita juga harus bersedia dengan plan B @ plan C sebagai alternatif jika sesuatu yang dirancang tidak berhasil. Walau bagaimanapun, itu hanyalah teorinya...kerana kenyataannya, kadang kala, sebagai manusia, ada perkara2 yang kita terlepas pandang. Namanya pun manusia...

Semalam...kutemani Suza, Izwa & AC ke Wangsa Walk Mall. Melepaskan lelah, lunch dan berdiskusi tentang apa yang berlaku di tempat kami bertugas...kuambil kesempatan melahirkan pendapat dan menyampaikan sedikit 'pengetahuan' yang kuperoleh sewaktu belajar. Iyalah..ilmu perlu disebarkan, ianya amanah Allah. Lebih penting, jika mereka mempunyai ruang untuk mentadbir organisasi kelak,segala tindakan harus dipandu dengan ilmu dan perkongsian maklumat. Dengan ilmu, perkongsian maklumat, rendah hati (bukan rendah diri!!), empati yang diadun dengan baik, visi yang jelas dalam memacu kejayaan organisasi, pastinya yang lahir ialah seorang ketua yang bijaksana. Yelah, jangan berpegang pada falsafah barat, perlu ada sifat keras hati untuk menjadi pentadbir berjaya, kerana Rasulullah yang sepatutnya menjadi contoh teladan, tidak begitu!!!

Ha.. Nabi SAW berjaya menjalankan urusan pentadbiran bukan sahaja kerana visi baginda jelas, tetapi berkongsi visinya bersama para sahabat melalui cara hidup baginda dan pendidikan tidak formal baginda yang mantap (SOLUSI-Penyampaian Visi Rasulullah:Azrul Azlen A.Hamid). Baginda mendidik sahabat2nya melalui dirinya sendiri. Uh, teringat motto kami di SMAWP dahulu, 'Iman, Ilmu, Amal"....Baginda beriman dan mengamalkan Islam dalam hidupnya. Ya, baginda nabi, kita siapa...tapi kerana baginda seorang utusan Allah, maka seharusnya baginda menjadi ikutan. Berbalik kepada bicara ilmu tadi, seperti baginda SAW, selain ilmu yang diperoleh secara formal, pengalaman juga boleh menjadi sekolah terbaik kehidupan. Yelah, lecturer dulu pun ada menekankan tentang epistemology- cabang ilmu falsafah tentang ilmu pengetahuan (nature & limitasi ilmu pengetahuan serta perkara2 yang berkisar tentangnya (contoh : apakah ilmu, bagaimana ilmu diperoleh, bagaimana kita mengetahui apa yang kita ketahui) Epistemology juga membolehkan kita menghargai ilmu individu lain, tanpa mengambil kira tahap pendidikan seseorang. Tentunya tukang kayu, nelayan,peniaga pasar malam lebih mengetahui bidang tugas mereka berbanding kita, right? Jadi, kalau nama-nama ikan pun belum khatam diketahui, maka kita perlu menghormati ilmu yang ada pada mereka....

Jelasnya, untuk mentadbir, walau sekecil2 urusan (rumah tangga?kecilkah?), kita perlu  berilmu yang disertakan dengan amal. Visi perlu jelas..keluarga yang bagaimana? atau murid yang seperti apa?anak-anak yang umpama apa? pengalaman sendiri dan orang lain, epistemology, sifat empati kepada anak2 atau murid2 perlu ada untuk berjaya.Iya, kita perlu berusaha menjadi insan yang bijaksana.  Pendek kata, masyaAllah, rencamnya tugas sebagai khalifah ALLAH!!!



No comments:

Post a Comment