Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Saturday, October 24, 2009

Layar Kehidupan


Jangan cuba dikawal arah taufan, tapi kawallah layar kehidupan. Tak perlu diukur dalamnya lautan, tapi panjangkan kail yang sejengkal....membaca coretan akhir Solusi #5, kuteringat angin yang bertiup di tempat kerja....sedikit asing daripada biasa.Tapi, adatlah..kubiarkan kerana tiada apa yang penting sehingga perlu mendapat perhatian serius. Alahai..setakat jawatan yang satu tu, tak sedikit pun mencalar kredibiliti, apatah lagi mentaliti. Sungguh; sehingga teringat pula kepada kisah Imam Hanafi yang didengari ketika menghadiri program usrah; bijaksananya Imam Hanafi menyebabkan seorang pendakyah Yahudi tunduk hormat kepada beliau. Lalu kemudiannya gabenor Iraq ketika itu, Yazid bin Hurairah al Fazzari menginginkan beliau menjadi 'ahli kerajaan'. Walaupun diancam, tawaran lumayan itu ditolak Imam Hanafi lalu berkata, "Demi Allah, aku tidak akan menerima tawaran itu walau dibunuh oleh pihak kerajaan". Berbanding dengan sikap sebahagian kita hari ini, ada yang sanggup bersikap 'lepas laku' akibat terlalu mendambakan jawatan tanpa menyedari bahawa jawatan itu sebenarnya merupakan antara ujian Allah, amanah yang perlu perlu dipikul lalu akan dipersoalkan kelak. Jika tidak diladeni sebaik-baiknya, pasti amanah yang diharap2 itu akan berubah menjadi suatu beban.

Owh...benar sekali bahawa kehidupan yang amat-amat singkat ini merupakan medan ujian bagi kita. Banyak yang terlupa dan melupakan hal ini. Tak terkecuali aku sendiri...hal dan karenah kehidupan kadang-kadang menyebabkan kita hilang arah. Yup..hidup & kehidupan, anak-anak, keluarga, harta, tugas..semua perlu diurus. Pendek kata, kitalah yang perlu diurus dan mengurus...dan pastinya dalam kita mengurus, ada konflik yang timbul sama ada dalam rumahtangga, keluarga, organisasi di tempat kerja, mahupun dalam diri sendiri. Justeru, untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar, kita digalakkan mengadakan perbincangan, muzakkarah, mesyuwarah. Berbincang dengan spouse, anak-anak, rakan-rakan, subordinate, kerana dengan izin Allah, melalui perbincangan, akan ada jalan keluar bagi setiap masalah,tetapi kita mestilah JUJUR & OPEN MINDED/HEARTED dalam perbincangan! Sebaliknya, tidak masuk akal bahawa setiap individu tahu akan semua perkara atau menguasai seluruh ilmu yang ada. Yang nyata, hikmah Allah jadikan manusia itu berbeza2 dari sudut pemahaman dan kemampuan berfikir ialah, manusia akan saling nasihat-menasihati, akan saling memerlukan. Inilah yang dititipkan Allah SWT dalam surah Al Asr. Dari perbincangan, muncul pula topik perkongsian @ sharing. Huh...panjang, jadi akan kuperpanjangkan topik ni di lain kelapangan...

Maaflah, 'entri' kali ini agak berat kandungannya. Sekadar ingat dan mengingatkan kerana tugas menyampaikan merupakan tanggungjawab kita semua. Maksud hadis Nabi SAW, sampaikan daripadaku walau sepotong ayat.. buat teman-teman yang mengerti, setinggi-tinggi terima kasih atas nasihat demi nasihat. Iya, kuakui, ilmulah yang membezakan antara seorang insan dengan insan yang lain, lalu perlu diamalkan dan dijadikan layar yang mengemudi kehidupan. Perbandingan yang lebih moden; ilmu juga bagai kompas dalam kembara kita. Untuk adik-adik; Izwa & AC, 'respect' kalian yang diucapkan acap kali harus kalian simpan dahulu sampai satu ketika yang sesuai untuk diterima. As for Kak Win & Suza, tqvm juga atas nasihat & ingatan yang sangat2 berharga. Yang paling perlu kita ingati ialah ilmu Allah itu maha luas, perlu diterokai, digali (meminjam kata2 Salih Yaakob) sebab semua dalam kalangan yang ada berpotensi untuk lebih maju. Pencarian ilmu tak seharusnya terhenti..

So, kesimpulannya, minggu lepas..nothing much. MrF & Fqueen sibuk dengan urusan mereka, jadi kepenatan bekerja kulunaskan dengan melayan JuniorF pada hujung minggu ini. Isnin 26 Okt, JuniorF akan menjalani peperiksaan. Padaku, exam dia tidaklah terlalu penting memandangkan usia yang baru mencecah 5 tahun, tapi adalah amat perlu JuniorF menghargai kepentingan setiap sesuatu. Contohnya, solat, menolong orang, taat kepada ibu bapa dan guru, belajar bersungguh2, menghormati rakan dll, kerana perkara2 tersebut akan mencorak perbadinya. Yang penting, semuanya diadun dalam didikan yang tidak mengenepikan keseronokan zaman kanak2 nya....doa dan harapan ibu, kukira serupa sahaja, mendidik anak-anak agar menjadi insan kamil serta anak soleh....

Yang gembira, bagiku Hari Kanak-Kanak berlangsung dengan jayanya. 4 keping large pizza dari Pizza Hut, 2 Bucket KFC, Lasagna, nasi himpit, the best makaroni goreng, mee hoon yang disponsor oleh anak2 murid kesayanganku memang berbaloi-baloi. A zillion 'thank you' kids!! TQVM juga kepada pihak admin yang hadir kesemuanya- memeriahkan majlis (walaupun depa tak baca..) Ada juga peristiwa sedih, esoknya Bilik Kecemerlangan hampir roboh silingnya akibat proses penukaran bumbung. MasyaAllah, kami terima ujian itu dengan seadanya. Sedih, memanglah sedih, tapi insyaAllah ada hikmahnya. Mungkin tahun hadapan, kita akan dapat sponsor interior yang baru..dibawakan khas oleh Eric Leong.

Sebagai ingatan...bagaimana hati yang baik bertindak (untuk sama-sama kita amalkan -SOLUSI);
1. Merasai kesusahan orang lain, ada sifat empati
2. Bersedia membantu orang lain pada bila-bila masa
3. Tidak kedekut ilmu
4. Prihatin dengan orang bawahan
5. Bekerjasama dengan orang atasan
6. Ramah mesra...





No comments:

Post a Comment