Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Saturday, October 31, 2009

SEMPURNA

Dubito, ergo cogito, ergo sum! Minda menjerit!!  Frasa yang pernah diungkap Rene Descartes, psikologis tukang usul teori  “mind and body” ini kubaca tatkala menyambung pengajian dahulu. “Aku ragu2, lalu  berfikir, aku berfikir, lalu kutemukan diri” makna frasa tersebut menerjah minda berulang kali. Huh? Semacam satu isyarat yang menuntut aku menaakul seketika.


Ya. Rentetan dari pelbagai peristiwa yang berlaku di sekelilingku akhir2 ini memang menuntut daya fikirku bekerja keras. Dua tiga bulan yang lalu, ada rakan-rakan yang meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan senario yang berlaku di tempat kami bertugas. Ada junior, ada senior...rata2 meluahkan rasa kurang selesa dengan corak pengurusan yang ada, nampak seperti 'top to down' @ 'one way traffic' semata-mata.  Bahkan aku sendiri kadang2 keliru dengan corak pengurusan yang diamalkan....kalau dulu aku cuba ‘membendung rasa’, cuba berfikiran positif, tetapi selepas ‘peristiwa demi peristiwa’ berlaku, yang kadang-kadang ‘terkena’ tempias atau batang hidung sendiri, sedikit rasa kecewa bertandang. Uh..bukan sehari dua aku di sini, sebaliknya 14 tahun menabur bakti sepenuh jiwa dan raga!!


Mungkinkah tahap kerja kami  tidak mencapai piawai yang diharap oleh pihak pengurusan? Atau mungkinkah cara pengurusan mereka tidak selari dengan pemikiran kami yang 'jumhur'nya terdiri daripada golongan muda? Ya, orang muda lebih cenderung kepada sesuatu yang praktikal, ringkas tetapi bermakna. Banyak persoalan yang timbul...yang kurasa hanya dapat diselesaikan melalui rundingan yang telus lagi tulus. Tapi, bolehkah? Akan berjayakah jika ketelusan & ketulusan yang wujud cuma samar2 kerana yang diurus dan mengurus terdiri daripada manusia. Manusia yang mempunyai daya persepsi & daya intelek yang berbeza-beza...lalu daripada perbezaan tersebut kita acap membuat tafsiran yang salah. Huh..kerana itu dalam banyak ilmu, contohnya ilmu mustalah hadith (kajian hadith), kita belajar tentang sanad serta perawi hadith supaya mendapat tafsiran yang tepat. Kita juga  mengetahui sanad bagi hadith yang tidak nyata atau terputus... Akhlak perawi2 hadith itu bagaimana??  Thiqqah atau tidak?? Semuanya dikaji untuk menentukan tingkat hadith; sahih, hassan, atau dhaif. Hmm..interpretasi- bukan sukar untuk tersilap, kerana dari mata turun ke hati. Tersalah melihat, hati mula cenderung tersalah menterjemah laku. Persepsi pula; seperti dua orang penjual kasut yang berniaga kasut di negeri yang penduduknya tidak berkasut. Seorang akan berkata bagus untuk perniagaannya...manakala seorang lagi menganggap mustahil kerana tak mungkin kasut2 yang dibawa akan dibeli penduduk di situ. Mudah memahami analogi tersebut, bukan?


Berbalik hal organisasi tempat kubertugas, kucuba berbincang tentang hal ini dengan MrF, katanya...kita perlu professional dalam tugas. Ertinya, berlaku adil , mengamalkan komunikasi pelbagai hala, melakukan perkongsian visi, menilai hasil kerja dari sudut yang sepatutnya, mengkritik & menerima kritik dengan ikhlas, dan pelbagai lagi. Banyak aspek perlu disentuh untuk menjadi professional, bukan semudah ABC. Adil contohnya, dalam konteks Islam bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan sama rata (kerana itu ramai yang gagal dalam poligami). Justeru masalah subordinate dinilai mengikut keadaan yang sepatutnya, bukan melihat situasi orang lain, 'cut n paste' pada individu lain.Marah juga begitu.. bak kata orang dahulu, rosak sebatang..dicabut, rosak serumpun, dibongkar, jangan dirombak semuanya... itulah adil dan tanda pengurus/pentadbir yang berilmu. Perlu juga mampu mengawal  diri dalam beremosi. Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar! Aduhai..banyaknya yang perlu ada!! Yup, kerana banyak yang perlu ada, maka ramai manusia gagal menghasilkan pentadbiran yang sempurna. Perkataan sempurna memang menakutkan sesiapa sahaja...kerana pastinya antara kita tiada yang sempurna. Dalam menguruskan rumahtangga, lihat sahaja statistiknya, angka yang gagal menguruskan konflik dan menjadi sempurna menurut tafsiran pasangan masing2. Na'uzubillah..tetapi itu hanya contoh kecil. Allah memberi kita kekuatan untuk terus berusaha, lalu sekurang-kurangnya kita terus berusaha mencapai titik kesempurnaan. 'Kelemahan' kitalah sebenarnya 'sumber kekuatan'.  Contohnya, kerana lapar - salah satu daripada sifat lemah yang ada pada makhlukNya- maka kita berusaha mencari rezeki supaya tidak dibelenggu kelaparan. Huh..perkaitan dengan pengurusan?? Dari kelemahan2 yang ada pada  kita, sememangnya kita sewajarnya bangkit berusaha membaiki dan terus memperbaik organisasi. Kelemahan ada di mana2. Kelemahan perlu dijadikan perangsang untuk kita menganjak paradigma, cara berfikir, cara mentadbir atau apa jua pun. Justeru kurangkan protokol..berkongsi ilmu..lihat sesuatu dari sudut yang positif, dan jika terdapat kekangan, berbincang dengan cara yang paling harmoni. Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Janganlah yang bersuara lantang itu dianggap membangkang. Itu cara dahulu, cara pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, yang membantah sultan semestinya penderhaka, tidak sesuai dengan zaman pasca moden, ultra moden dan mcm2 nama yang ada. Konflik 'yang tua-yang muda' perlu diatasi dengan berhikmah, insyallah akan lahir jemaah yang teguh, yang dapat melahirkan produktiviti seperti yang direncanakan....bukankah Singapura terselamat dari dilanggar todak dek cadangan Hang Nadim yang jauh lebih muda daripada para pembesar istana? 


Selain itu, kunci yang tak kurang pentingnya ialah bersifat SABAR dan bersikap RASIONAL. Sabar dan berusaha secara rasional dalam menangani pelbagai karenah dan cabaran dalam mentadbir. Usah lupa, tadbir yang baik dengan izinNya melahirkan takdir yang baik. Untuk rakan2, ini sekadar luahan dan pandangan peribadi. Ingatlah, kitalah khalifah di muka bumi Allah ini, kitalah muallim, murabbi dan muaddib kepada anak2 bangsa..Pendapat kalian? Berfikirlah dalam-dalam selepas membaca entri ini. Moga hasil ketukan papan kekunci ini dapat mencetus minda kalian untuk terus berfikir....

No comments:

Post a Comment