Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Monday, December 7, 2009

Kisah II

Di Jetty Point, Dataran Lang. Tercari2 tempat untuk menjamu selera kerana sememangnya kelaparan sedang memuncak.  Sesampai di Pulau lagenda tersebut, MrF menguruskan hal penyewaan kereta lalu menuju ke hotel yang disewa oleh rakan MrF, abang Jamal. Sebelum kami check-in, kami sempat menjenguk kebunnya (jika tidak silap) di Kg Tok Senik; yang jua lokasi makam Mahsuri. Kemudian, setelah berehat hampir 3 jam di bilik, jam  4 barulah kami tiba di sini; Jetty Point.

Kerana tidak mahu membazirkan masa...kami memilih untuk makan di Bistro Jetty Point memandangkan ia lokasi paling hampir dan makanan yang 'digambarkan' agak menarik. Hasilnya? MasyAllah, sangat...sangat...sangat mengecewakan. Tiada menu. Tiada tanda harga. Makanan tidak seperti dalam gambaran, bahkan layanan dan sivik para pekerja berada pada tahap sangat rendah. Seorang pelancong Eropah yang memesan nasi dan daging dihidangkan dengan nasi dan kari ikan.Kami pula, setelah menunggu hampir 40 minit, makanan yang dipesan tidak kunjung2 tiba. Aku memutuskan mengambil separuh nasi putih dan ayam goreng biasa, begitu juga anak2. MrF memilih nasi goreng ayam (dengan ayam goreng biasa, tanpa sup @ kicap). Aku memutuskan untuk membatalkan pesanan tomyam, tapi kata pekerja restoran itu masakan sudah mendidih. Namun, setelah selesai mengalas perut & membasuh tangan, tomyam yang dipesan pun tiba. Kutanyakan kepada pada pekerja yang sama, siapa yang mahu makan kerana kami sudah mahu meninggalkan restoran itu..


Sewaktu MrF membuat bayaran, RM16.50 untuk nasi putih separuh dengan ayam goreng semata2 (3 unit), RM6.50 untuk nasi goreng ayam (tanpa asesori, sup @ kicap) yang keseluruhannya berjumlah RM31.50 amat memeranjatkan. Apabila aku meminta resit pembayaran, pekerja di kaunter menolak tetapi setelah aku menyatakan itu hak pelanggan, barulah mereka memberikannya kepadaku. Itu pun terpaksa mendengar bebelannya!! Anehnya Malaysia...terutamanya Langkawi, bagaimana pengusaha restoran sedemikian diberikan tempat yang sangat strategik, sedangkan ada pengusaha lain yang mungkin jauh lebih baik? Pihak pengurusan Pelancongan seharusnya memantau bukan sahaja harga barangan, sebaliknya juga harga makanan & kualiti perkhidmatan. Pergi sahaja ke restoran yang berhadapan Underwater World, makanan & layanannya memang ada kelas!! Harga berpatutan dan makanan amat enak..Ikan bakar, ketam goreng, ayam masak kicap, salad dan minuman..hanya RM39.00, sedangkan kulihat pelancong lebih tertumpu di kawasan itu.

Demikianlah suatu perbandingan yang boleh dibuat dalam kehidupan. Tidak kiralah, sewaktu bekerja atau sedang bercuti. Manusia memang berbeda ragamnya. Ada yang bekerja @ berniaga kerana ingin mencari kekayaan, tanpa meletakkan keikhlasan dan tuntutan agama pada tempat yang sewajibnya. Ada yang benar2 ingin mencari rezeki, terpancar kepada kesugguhan mereka. Usah lupa, di akhirat kelak kita akan menjawab di hadapan Allah, lantas usah menyokong kapitalisme.Allah akan mempersoalkan 'timbangan' dalam perniagaan. Apa2 pun..kisah percutian di Langkawi akan ada sambungannya....insyallah.

No comments:

Post a Comment