Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Friday, December 11, 2009

Terkenang

Tiada apa2 yang luar biasa. Sehari dua ini...masa kupenuhi dengan anak2, bersama2 JuniorF & Fqueen. Iyalah, sementara cuti masih lagi berbaki. Mengemas pastinya sesuatu yang aku lakukan memandangkan sudah agak lama tidak meng'overhaul' apartmen kecil kami ini. Selain itu, aku juga mengasah kemahiran memasak. Alhamdulillah, hari ini ketuhar mikro yang sekian waktu menyepi (rosak) berjaya dihidupkan semula. Insyallah, dalam masa terdekat, diharapkan aku akan dapat menggunakannya untuk membuat kek...

Minggu hadapan, kami sekeluarga bakal berpergian lagi. Kali ini pulang ke kampung halaman MrF di Besut..Memang sudah menjadi kebiasaan kami pulang semasa musim cuti. Walaupun tidak kerap tetapi kebiasaannya melebihi 4 hari...cuma cuti tahun ini kuberasa agak sedikit terkilan kerana cuti yang rasanya tidak begitu panjang terpaksa dikorbankan pula demi panggilan tugas yang sedikit awal daripada biasa. Khabarnya 23 Disember sudah harus kembali ke laman sekolah. Bukan apa2 pun....cuma belum sempat berlama-lamaan di rumah bondaku di Senawang. Rasa kasihan kepada ibu tua itu semakin menebal, dan ayahanda pula nampak lebih 'tua' berbanding dahulu. Namun dengan izin Allah, kuakan pulang juga menjenguk mereka kerana 25 Disember ini anak saudara sulungku akan mengikat tali pertunangan dengan 'orang utara'. Dan yang paling penting, tarikh tersebut merupakan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 54..

Sungguh, apabila mengenangkan usia tua mereka...hati menjadi sayu. Sekadar mengikut adat, semakin bertambah usia kita, semakin pendeklah jarak kita ke garisan penamat. Tetapi yang muda juga harus beringat, mati itu tidak mensyaratkan umur yang tua, atau tubuh yang uzur, atau apa sekali pun. Nendaku berusia lanjut, sehingga timbul rasa kasihan melihat allahyarhamah kerana umur tuanya itu, tetapi kebelakangan ini kerap kita dengar bahawa si fulan bin si fulan menyahut panggilan Allah dalam umur yang amat muda, disahkan sihat tubuh badan pula.. Jadi, antara aku sebagai anak, atau ayahanda & bonda...entah giliran siapa dahulu yang akan dipanggil Allah SWT. Cuma kesayuan tersebut tiba kerana mengenangkan susah payah mereka membesarkan kami, 6 beradik. Lantas kerana itu, kuberharap Allah akan  menganugerahkan masa dan kemudahan buatku untuk berbakti kepada mereka. Iyalah, kasihnya ibu membawa ke syurga...Kukhabarkan perasaanku kepada Fqueen, lalu timbul idea untuk membawa mereka 'makan angin' pada 1 Jan 2010 ke Melaka. Mengapa Melaka?? Kerana mereka acap membawaku ke Melaka sewaktu aku kecil2 dahulu...insyallah, akan kupujuk MrF dan saudara2ku yang lain...



 Kerana rasa kasih dan kerana merindui kenangan sewaktu kecil2 juga, aku & saudara perempuan sulungku berhasrat untuk kembali memelihara rumah pusaka tua di kampung kami. Rumah itu menyimpan banyak kenangan datuk nenekku, ayahanda bondaku, dan saudara mara kami. Di rumah itulah aku dibesarkan oleh seorang nenek tua..dialah yang mengajarku mengaji dengan di sisinya sebilah rotan. Di rumah itulah aku kenal erti kehidupan. Kenal persaudaraan kerana hidup di kampung menuntut hubungan yang 'hidup' dengan jiran tetangga (selepas persaraan ibu bapaku). Itulah tempat ayahanda membesar. ...Dan menyambut Eid di rumah itu amat amatlah bererti bagiku. Dan amat membahagiakan. Kini, anak2ku dan sepupu2nya menyatakan hasrat berpulangan ke kampung halaman pada hari lebaran yang akan datang. InsyAllah 2010, akan kurealisasikan....demi menghidupkan semula kenangan itu.

No comments:

Post a Comment