Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Tuesday, December 1, 2009

Perkahwinan

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat MrF. Yang 38 tahun. Itu semalam.....1 Disember, dan hari itu sudah berlalu. Terima kasih juga kepada ibu bapanya, keluarganya, guru2nya dan semua yang menyumbang 'sesuatu' dalam kehidupannya..'Sesuatu' yang mungkin berbentuk ilmu, jasa, masa, bantuan, material, atau apa sahaja yang menjadikan dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan hidup berumahtangga, melainkan punya suami, isteri dan anak2 yang bertanggungjawab. Tiada sesiapa dapat menafikan akan hal tersebut, jika rumahtangga yang dibina benar2 berlandaskan keinginan dan hasrat untuk membina keluarga.  Lantas, kepada Allah dipohonkan; moga kebahagiaan ini berterusan ke akhir hayat.

"Dialah yang menciptakan kamu semua daripada (hakikat) diri yang satu, dan Dia mengadakan pada hakikat itu pasangan (suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra, yang satu kepada lain." al-A'raf 189.

Topik 'rumah tangga' yang disentuh sempena ulangtahun kelahiran MrF menyapa minda berfikir, mengulang ingat dan mengimbau kenangan lalu, tatkala mengatur pertemuan sulung dengannya lewat empat belas tahun yang lalu. Pertemuan itu yang sebenarnya berlaku setelah beberapa pucuk warkah perkenalan saling dilayangkan tanpa bersua muka, dan kemudiannya mendapat gesaan kakakku yang mengenali watak MrF daripada teman serumahnya, Amy. Amy pula merupakan tunangan Joe, rakan sekerja MrF di sebuah firma arkitek di tengah2 ibu kota.  Sekadar berkenalan, tidak terlintas untuk membina ikatan begitu cepat,   tetapi lain pula pandangan keluarga. Walaupun agak 'jauh' perjalanan perkenalan tersebut, begitulah, Allah mengatur 'jodoh' kami...

Ternyata, sesungguhnya, antara perancangan kita dengan perancangan Allah, maka tentulah, perancangan Allah-lah yang terbaik. Kehadiran MrF bukan sekadar disenangi keluargaku, tetapi juga lebih dirasakan sebagai penyatuan dua buah keluarga yang berasal dari rumpun budaya yang sama. Rupa2nya ada dalam kalangan kerabat bondaku ada yang merantau ke Terengganu, mengikat hubungan kekeluargaan di sana lalu mendiami istana lama di Kg Raja, Besut, dan ada jua yang berkemungkinan mempunyai ikatan persaudaraan di sebelah bapa mertuaku . Manakala di sebelah ibu mertua yang berasal dari Raub pula mempunyai hubungan keturunan yang sama- Rawa dan Minangkabau.

Dalam mengorak kenangan pada masa lalu, teringatku kepada kisah perkahwinan F & I yang agak menggemparkan Malaysia. Mungkin kegemparannya tidak lama, tetapi wajar mendapat perhatian kita. Doaku, moga Allah membukakan hati F untuk kembali ke pangkal jalan. Kasihan ibunya yang sedang uzur. Ya...perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua insan, atau dua keluarga, atau dua budaya. Perkahwinan bukan sekadar suatu cara mengaruskan hawa nafsu, dan bukan juga sekadar untuk menghasilkan zuriat. Ia lebih daripada itu. Kita mengakui bahawa kitalah umat Muhammad, lalu perkahwinan yang dibina wajiblah menepati garis panduan yang diberi oleh baginda Rasulullah. Bukan sekadar mengambil mengambil makna 'perkahwinan' sekadar pada bahasa sahaja....apatah lagi jika perkahwinan tersebut tidak menepati rukunnya, melencong jauh dari kebenaran, lalu melibatkan perbezaan agama pula. Masyallah!!

Kuberharap pihak berkuasa dapat menangani masalah ini sebaik mungkin, kerana ini bukan masalah F & I sahaja. Ia melibatkan semua umat Islam. Melibatkan undang2 negara. Yang lebih penting, melibatkan aqidah. Jelasnya dalam hal ini, kita tidak boleh memandang ringan akan keperluan mendidik anak2 kita dengan aqidah yang sebenar. Jika dahulu, kita gempar dengan kes penukaran agama belia2 Islam kerana ingin bersatu dengan kekasih berlainan anutan, kini mereka 'maju' setapak lagi. Aqidah, pada mereka sesuatu yang 'enteng'; bukan 'benteng'. Mahu tidak mahu, kita perlu akur, inilah kesan hidangan dan momokan budaya "hedonisme" yang kita suapkan saban hari......Iya atau tidak? Mindaku tak henti2 berfikir sambil tangan mengemaskan pakaian anak2. Kami bakal berlepas ke Langkawi, bercuti & menikmati erti kekeluargaan sambil melayan karenah Fqueen & JuniorF yang pasti asyik di LIMA....










No comments:

Post a Comment