Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Tuesday, December 8, 2009

Kisah III: Take A Break


Seputar percutian di Langkawi, ibarat mengecas semula tenaga demi menghasilkan daya yang diperlukan. Just to take a break; seperti iklan Kit Kat.Walaupun dalam tempoh yang amat singkat, tetapi diharapkan ia dapat dimanfaatkan dalam suatu jangka masa yang panjang. Persediaan mental menghadapi 2010. Begitulah ibaratnya. Mengerat silaturahim bersama keluarga pastinya antara matlamat utama, selain itu -merehatkan minda daripada segala tekanan; membawa anak2 mengenali budaya setempat. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Fqueen & JuniorF kerana kali terakhir bercuti bersama2 dalam jarak yang sedikit jauh hanyalah pada tahun lepas.

Sewaktu aku masih di bangku sekolah, ayahandaku sering membawa kami sekeluarga bercuti. Sementelahan beliau bekerja di KTMB, maka soal pengangkutan bukanlah masalah besar. Kami akan ke destinasi dengan menggunakan perkhidmatan KTM, dan pastinya ‘coach’ kelas pertama menjadi pilihan. Mengapa? Kerana ianya PERCUMA..dan pass keluarga tersebut dikeluarkan 2 kali setahun. Pilih sahaja..siang dengan ekspress “Sinaran Pagi” @ bermalam di kabin ‘ double bed’ dengan ekspress ‘Sinaran Malam’. Memandangkan pada waktu itu tukaran wang Malaysia- Singapura masih tinggi nilainya, maka bondaku keraplah membeli-belah di Orchard Road. Apatah lagi kalau ayahanda melakukan kerja2 audit di Stesyen Tanjong Pagar….


Pada jam 10 pagi 5 Disember 2009, setelah bersarapan..kami menuju destinasi utama kami; LIMA 2009. Sesungguhnya keterujaan melihat jet2 pejuang memang pada tahap maksima. Manakan tidak,walaupun kehangatan sedikit lambat dirasai... namun agak berbeza daripada Pertunjukan udara di TUDM Subang. Lebih banyak anggota tentera berkawal; lebih banyak jet pejuang yang mengambil bahagian. Hampir 3 jam di sana, kami ke Awana Porto Malai lantaran MrF berhasrat menyaksikan kapal selam pertama Malaysia. JuniorF & Fqueen telah lena dibuai mimpi sewaktu dalam  perjalanan kerana kepenatan...

Walaupun kali ini percutian keluarga hanya sekadar di Langkawi, tapi…kupelajari tentang beberapa perkara. Menangani ketakutan. Menangani kegelisahan. Ya…segala2nya bermula apabila ‘the Fs’ mengajak merasai pengalaman menaiki kereta kabel yang berlokasi di Gunung Macinchang. “The remarkable, the steepest (42 degree) & the longest single rope span cable car in the world”. Anugerah international. Huh, kenyataannya sahaja sudah cukup menyeramkan. MrF bertegas mengajak, biar sama merasai. Dalam perjalanan mendaki, aku & MrF hanya diam. Kemudian kami sama2 berzikir dan sesekali melihat pemandangan yang disajikan. Masyallah!! Spontan terkeluar dari mulutku kpd anak2, nyawa kita bukanlah di dalam taklukan kita, not even 0.001%…kerana jika takdir Allah menghendaki sesuatu berlaku, nyawa kita ditentukan oleh Allah SWT semata2. Alhamdulillah, semuanya berakhir seperti yang diharapkan walauppun terpaksa menenangkan JuniorF (tangannya berpeluh!!) sewaktu berada di puncak Gunung Machincang. Ya, tangan kami saling menggenggam erat satu sama lain. Aku pula terpaksa menyembunyikan ketakutan di hadapan anak kecil itu agar dia menjadi lebih yakin. Syukur juga kerana aku sendiri dapat menangani kegerunan, ketakutan, kegayatan etc dengan menaikinya (kerana agak kurang stabil, tidak seperti menaiki flight)..


Alhamdulillah, esoknya kami selamat pulang ke Kuala Lumpur. Anak2 menyatakan ketidakpuasan mereka bercuti, khususnya bersama MrF. Buat anak2, insyallah, jika ada kelapangan, rezeki dan kesihatan, selepas ini kita berpergian lagi. Sebagai satu keluarga bahagia...






No comments:

Post a Comment