Life is short, yesterday will never return..so bear your hardship with serenity and hold a good opinion of your LORD

Thursday, December 31, 2009

Wrap Up

Lama tidak menjengah laman blog. Agak sibuk bersama2 keluarga, khususnya anak2 dan keluarga. Sekembali dari Besut, kupenuhi masa dengan mengemas, dan pada 24 Disember, seusai mesyuarat aku pulang ke Seremban pula bagi menghadiri majlis pertunangan Kak Long. MrF hanya berkesempatan menghadiri majlis keesokannya kerana kesibukan bekerja menghambatnya.Tugasnya, pastinya sebagai jurugambar... Alhamdulillah, pulang kali ini  dapat menatap sijil Tokoh Maal Hijrah (kategori Ulama Silam) yang dianugerahkan kepada allahyarham datukku, meraikan ulangtahun perkahwinan ke 54 ibu bapaku serta ulangtahun perkahwinan abangku, Anyah & Kak Gee. Rasanya, kepenatan yang membaluti tubuh akibat ke sana ke mari sepanjang percutian kali ini berbayar kerana dapat bersama2 keluarga.


Kurang enam jam lagi kita akan menjejakkan kaki ke tahun 2010. Two thousand ten. Selamat tinggal 2009 dan terima kasih kerana lebih mendewasakanku. Namun yang merisaukanku ialah dengan berakhirnya 2009, bererti setahun lagi masa telah berlalu. Menyebut soal masa, Saidina Umar pernah menyatakan bahawa masa itu ibarat pedang…lalu jika kita silap mencaturnya, maka pasti pedang itu akan mencederakan kita. Masa juga sebenarnya lebih berharga daripada segala2 yang berbentuk material yang ada di dunia, kerana masa tak mungkin akan kembali. Menangislah walau air mata darah sekalipun….Begitulah…

Kepada semua yang hadir dalam hidup ini khususnya sepanjang 2009, kuucapkan terima kasih kerana mewarnai kehidupanku. Iya, tak kiralah siapa pun, atau idealogi apa sekali pun, baik yg manis, mahupun yang paling pahit, hatta rasanya sepahit jadam…kerana sesungguhnya setiap sesuatu yang diizinkan Allah untuk berlaku, pastinya ada hikmah di sebaliknya. Bak kata Bill Gates, “Your most unhappy customers are your greatest source of learning”. Benar, kerana daripada ‘unhappy customers’lah kita mengetahui kekurangan kita..dan sebagai pendidik (most of us punya zuriat untuk dididik, right?), kata2 Franklin P. Jones perlu difikir2kan: “You can learn many thing from children. How much patience you have, for instance. Maksudnya, dan sesungguhnya, source of knowledge itu amat luas…dan dalam rentetan pengalaman hidup, pengalaman pahitlah sebenarnya the best teacher for us.


Seperti kata orang, dalam melayari kehidupan sewajarnya kita lebih acap menghitung ‘the blessing’ bukan ‘the troubles’ supaya kita menjadi orang yang bersyukur. Seorang guruku (SK Dato Idris,Tg Ipoh..Sulaiman namanya, mengajarku Geografi sewaktuku dalam Darjah 5: 1983..terima kasih, cikgu!!) beliau mengujarkan, jika kita mahu berjaya, kita perlu melihat orang di ‘atas’ kita, tapi untuk menanam rasa syukur dgn apa yang kita ada, kita perlu juga tunduk memerhati ‘orang di bawah’. Waktu dia berpesan, aku yang masih dalam dunia kanak2, kurang faham apa yang beliau maksudkan…namun kini kata2 itu amat bererti buatku dalam menongkah arus kehidupan. Benar, ilmu yang disampaikan amat bermanfaat walau pun di luar kandungan sukatan matapelajaran yang diajar beliau.

Lalu daripadanya kusimpulkan bahawa 2009 mengajarku agar berfikiran lebih matang. Menangani pelbagai krisis dan konflik kehidupan khasnya di tempat kerja. Alhamdulillah, rumahtangga jua dilayari sebaiknya dalam serba sederhana. Syukur kerana Allah mengurniakan keluarga bahagia buat kami. Namun itu bukan alasan untuk bermegah, atau mengambil remeh terhadap apa yang berlaku di sekeliling, tetapi sewajarnya setiap pasangan yang hidup berumahtangga bersikap peka khasnya terhadap keperluan pasangan masing2. Iya, kebahagiaan perlu diusahakan, bukan sahaja oleh si isteri, si suami, atau anak2 semata2, sebaliknya wajib digembleng seisi famili. Bahkan hal ini perlu diperpanjang sehingga ke dalam institusi lain di luar lingkungan keluarga…contohnya dalam semua organisasi, persefahaman wajar diusahakan samaksimanya oleh semua pihak. Justeru, kepada semua yg singgah di laman ini, jua sebagai ingatan buat diri sendiri, kuharapkan…jika ada yang tertinggal atau terlepas pandang akan hal ini, marilah kita bersama2 berusaha untuk memperoleh kehidupan yang lebih membahagiakan, khususnya pada tahun2 mendatang.  Let us aim for the highest for 2010.


Lewat minggu ini, kuhadiri semua sesi mesyuarat. Maka sepanjang menghadiri sesi mesyuarat tersebut, tersimpanlah jua 'hasrat' untuk menjadi lebih baik pada tahun mendatang ini..dan 'baik' itu biarlah merangkumi segala-galanya. Baik sebagai seorang manusia. Ringkas tetapi padat, serta tidak mengenepikan sentuhan mahupun unsur kemanusiaan. Baik sebagai isteri, sebagai ibu dan sebagai anak. Jua sebagai saudara kepada yang lain. Baik sebagai seorang pendidik. Mendidik dengan lebih berhikmah. Mengajak orang lain melakukan sesuatu dengan berlemah lembut, jua dengan hikmah. Dan kepada yang singgah di laman ini, kuingin mengingatkan, apa jua matlamat kehidupan yang ingin kita capai, sesungguhnya...matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Jika kita mahu menggembirakan orang lain, dengan apa tujuan pun, usahlah sampai menyakitkan yang lain pula. Atau, jika mahu mencapai kekayaan, usahlah menjadi terlalu 'berkira', usah jua mengambil hak insan lain...Iya, di atas kertas, dengan ketukan aksara..segala2nya nampak amat mudah; secara teori..namun untuk mempraktikkannya, pasti akan ada dugaan Allah untuk menguji keimanan kita.

Akhirnya, buat Kak Long, selamat menempuh alam pertunangan. Doa Maksu agar Kak Long dikurniakan kehidupan yang indah, serta menjadi lebih matang. Buat yang lain,  esp. dearest friends..Sueza, K.Win, K.Nik, Izwa & seluruh warga SKWM..my doa for you all- may this new year will bring you barakah, health and prosperity in abundance. Insyallah.

Bon Voyage - Adios - Sayonara 2009!!


No comments:

Post a Comment